.

Friday, October 15, 2010

Pengorbanan Terbesar...



Sayu je bila dengar lagu allahyarham Sudirman Hj Arshad ni. Emmm...suddenly teringat plak Che Daisy dengan mak ayah dikampung. Rasa rindu plak dengan mereka. Bukan apa...bagi Che Daisy dan anak2 yang dok jauh dari mereka..sekali sekala dapat balik ke kampung. Masing2 busy dengan kerja..tapi ia bukanlah batu penghalang bagi kami untuk tidak bertanya khabar mereka selalu. Sekarang pun zaman dah canggih..macam2 ada..internet...3G pilih je mana satu method untuk menghubungi mereka. Janji kita tak terlepas tahu apa situasi mereka setiap masa.

Mak & Ayah adalah tunjang utama kami sekeluarga. Pengorbanan mereka tidak terkira dan terlalu besar. Mereka tak pernah rasa jemu atau bosan menjaga kami. 5 orang sudah cukup dengan pelbagai karenah yang perlu mereka hadapi. Setiap anak mempunyai karektor yang tersendiri..masalah tersendiri. Tapi Mak & Ayah tak pernah mengeluh atau kesal dengan setiap yang terjadi pada diri anak2. Mereka tak pernah membuang kami. Malah jika ada selagi terdaya kudrat mereka, bantuan akan tiba jika kami memerlukan. Kata mereka...setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan setiap kami mempunyai rezeki masing2 dan kena bersabar. Menitis air mata kami..

Tapi kita sebagai anak2...kekadang ada yang mengambil kesempatan atas kebaikan mereka. Muncul bila time susah..dah senang..bayang pun tak nampak. Bagi yang dah kawin..ada kalanya terlalu ikut kata pasangan masing2. Melebihkan pasangan dari mak & ayah sendiri..sampai mak ayah kecil hati dengan tindakan anak2. Ada kes yang sampai buang mak ayah..letak ler mereka di rumah orang tua..isshh..minta jauh kan laaa dari diri che daisy dan adik2.

Ntahlah...masing2 ada alasan tersendiri.. Apa pun..atas apa jua kesalahan yang kita lakukan, keinsafan harus timbul. Tak kira lah..mak & ayah sendiri atau keluarga mertua, anggaplah sebagai keluarga sendiri. Jangan esok lusa bila mereka sudah meninggalkn kita..time tu plak kita terhegeh2 sedih dan menyesal dengan apa segala perbuatan. Hargai lah sementara mereka ada...jangan di sebut2 bila mereka 'pergi'. Hanya doa anak2 soleh menjadi bekalan sampingan mereka di akhirat kelak. Adik2 ku...tanpa Mak & Ayah..siapalah kita di dunia ni.

P/s : Mak & Ayah..I luv U...We Luv U..

Monday, October 4, 2010

New Blog...Happy-Life

Salam & hiii all my dearest frenz.Apa kabor? Kalau orang jawa kata kabare..hehehe.Al-maklumlah..Che Daisy ni mak ayah keturunan jawa.Tak tahu ler plak jawa mana..jawa tengah kaa..jawa barat kaa.Tapi apa pernah melucukan Che Daisy,pernah sekali makan kat 1 kedai makan ni..salah sorang pelayan dia orang indonesia (perempuan)..orang jawo.Oleh sebab kami ni kira regular customer kat situ,kenallah.1 hari tu..this girl tanyalah kat Che Daisy satu soalan yang katanya dah lama dia nak tanya..
"Kakak..saya mau tanya boleh ngak..tapi kakak jangan marah yaa.Kakak ni orang jawa yaa..orang jogJakarta" Tersedak time Che Daisy..dalam hati tu macam nak ngaku ker tak.Hehehehe.

"A'ah..naper..nampak sangat ya muka jawa" Saja I just jawap pendek jeee..

"Memang ada muka jawa..tapi macam muka orang kota..orang kota..JokJakarta.." Alaaa..bukan malu nak ngaku..cuma,apa ada pada pangkat, bangsa ataupun keturunan.Esok lusa mati..masuk dalam tanah juga..sama jenis & gred tanah.Hehehe..

Haaa itu sampingan je..actually, Che Daisy nak promote my new blog.Kalau ada free..sila p lah singgah lalu kaaa...ke :-

http://www.happy-zuralife.blogspot.com

Still under construction & renovation.So kalo ada yang kurang..mana tahu u all ada idea yang bernas make it more useful and interesting.Boleh ler kongsi bersama2 Che Daisy.

Oklah..that all for now. Lain kali kita jumpa lagi yaa....tuuduluuu..;D