.

Sunday, December 26, 2010

Lama Tak jumpa..!!!

Haiii..halooo..lamanya kita tak jumpa kan. Rasa lama benor Che Daisy tak menulis dalam blog sendiri. Al-maklumla busy skit lately. Tapi tak pe..insyaallah, ni dah ada masa terluang skit..Che Daisy akan cuba masukkan apa saja input yang boleh kita kongsi bersama2.

Keep on following my blog yaa...till then..tuddduluuu..HOHOHO..!!!

Saturday, November 6, 2010

CONGRATULATION to the Answer Man..!!



Congratulation Boss..!!! Che Daisy and warga kerja hanya boleh tumpang bangga and gembira dengan apa yang boss ada sekarang.
Bangunan yang gah..besar..boleh dikatakan hebat untuk segala penat lelah usaha gigih selama hampir 40 tahun. Start from ZERO..to become HERO..:D
So..20.10.2010 menjadi detik penentuan dan permulaan bagi UNIPAC untuk melangkah dengan lebih jauh..lebih gah..lebih dinamik dalam industri automotive engineering.

Sambutan memang gemilang. Dengan percikan bunga api..persembahan nyanyian yang memukau dan menghiburkan, tetamu disambut penuh keramahan dan hidangan makanan yang lazat menunjukkan kesungguhan dan ucapan terima kasih boss kepada semua para customer yang selama ini banyak menyokong UNIPAC untuk terus berdiri teguh dan gah di dalam industri ini. Ini juga merupakan satu pelaburan yang dilakukan oleh boss agar meyakinkan lagi customer (tetamu) yang hadir bahawa UNIPAC merupakan satu brand that can be trust for the rest their life. No doubt in dealing with UNIPAC. Not only just a biz relation, UNIPAC also will be your sincere and most good friend..:D fuuhh..habis dah ayat Che Daisy..hehehhe..

Tapi di sebalik kemeriahan event malam tu...ada juga cacat celanya. Biasa lah..mana ada yang perfect. Guest memang ramai..tapi tak ler seramai yang di jangkakan. Makanan kata cukup untuk staff yang bertugas..tapi bila time staff nak makan...aaitt..dah bungkus semua. Sempat lah jugak kami menjamah mee rebus ngan char kew tiaw..itu pun tinggal saki baki nyee saja. Memang ler staff dah di beri makan sebelum event start..untuk bagi energy masa bertugas. Tapi bila dah tengok kambing golek, udang bakar...kira yang best2..terliur jugak. Nak jugak merasa. Boss kata boleh makan..tak de masalah. Time nak makan..'elek'..habissh. Ada juga staff yang berperangai kureng skit..langsung tak ingat member yang belom makan...dok busy tapau melampau2..ish3..pelahap benor. Goody bag...tak semua staff dapat..apa le salahnyee bagi kat semua..depa pun sebenarnyaa bukan apa..cuma nak beg n memo pad tu aje. Siap sapa yang amik lebih2 tu..tak kira lah goody bag kaa..makanan kaa..tgk cctv..after event dapat ler warning letter...HR bagi. Alahai..bagilah ler muka skit kat depa ni. Kalo tak de depa ni..majlis tu tak kan jalan dengan lancar..tunggang langgang jadinya nanti. Nak harapkan manager2 yang lain..depa dok layan tetamu masing..keja2 yang leceh,remeh temeh ni..pass kat staff bawahan. Itu pun nak kira sangat kaa..? aiseh..macam2..:D

Apapun..complain labih2 tak guna. Keadaan tetap sama...warning letter, perasaan tak puas hati still ada. Janji..event dah selesai..tinggal untuk AGM URC..Che Daisy dah tak sabor nak letak jawatan ni. Cuma tinggal set date bila nak buat..tu pun ada orang dok kacau..macam2. Kalo dah GK tu..tetap GK..:D maaf ler yek..sapa2 terasa..kita cuma cakap direct from our heart.

Anyway..wish to all UNIPAC staff a very good year for the next 2011. Harap2 bonus tahun ni labih skit yaa bosss..!!

Friday, October 15, 2010

Pengorbanan Terbesar...



Sayu je bila dengar lagu allahyarham Sudirman Hj Arshad ni. Emmm...suddenly teringat plak Che Daisy dengan mak ayah dikampung. Rasa rindu plak dengan mereka. Bukan apa...bagi Che Daisy dan anak2 yang dok jauh dari mereka..sekali sekala dapat balik ke kampung. Masing2 busy dengan kerja..tapi ia bukanlah batu penghalang bagi kami untuk tidak bertanya khabar mereka selalu. Sekarang pun zaman dah canggih..macam2 ada..internet...3G pilih je mana satu method untuk menghubungi mereka. Janji kita tak terlepas tahu apa situasi mereka setiap masa.

Mak & Ayah adalah tunjang utama kami sekeluarga. Pengorbanan mereka tidak terkira dan terlalu besar. Mereka tak pernah rasa jemu atau bosan menjaga kami. 5 orang sudah cukup dengan pelbagai karenah yang perlu mereka hadapi. Setiap anak mempunyai karektor yang tersendiri..masalah tersendiri. Tapi Mak & Ayah tak pernah mengeluh atau kesal dengan setiap yang terjadi pada diri anak2. Mereka tak pernah membuang kami. Malah jika ada selagi terdaya kudrat mereka, bantuan akan tiba jika kami memerlukan. Kata mereka...setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan setiap kami mempunyai rezeki masing2 dan kena bersabar. Menitis air mata kami..

Tapi kita sebagai anak2...kekadang ada yang mengambil kesempatan atas kebaikan mereka. Muncul bila time susah..dah senang..bayang pun tak nampak. Bagi yang dah kawin..ada kalanya terlalu ikut kata pasangan masing2. Melebihkan pasangan dari mak & ayah sendiri..sampai mak ayah kecil hati dengan tindakan anak2. Ada kes yang sampai buang mak ayah..letak ler mereka di rumah orang tua..isshh..minta jauh kan laaa dari diri che daisy dan adik2.

Ntahlah...masing2 ada alasan tersendiri.. Apa pun..atas apa jua kesalahan yang kita lakukan, keinsafan harus timbul. Tak kira lah..mak & ayah sendiri atau keluarga mertua, anggaplah sebagai keluarga sendiri. Jangan esok lusa bila mereka sudah meninggalkn kita..time tu plak kita terhegeh2 sedih dan menyesal dengan apa segala perbuatan. Hargai lah sementara mereka ada...jangan di sebut2 bila mereka 'pergi'. Hanya doa anak2 soleh menjadi bekalan sampingan mereka di akhirat kelak. Adik2 ku...tanpa Mak & Ayah..siapalah kita di dunia ni.

P/s : Mak & Ayah..I luv U...We Luv U..

Monday, October 4, 2010

New Blog...Happy-Life

Salam & hiii all my dearest frenz.Apa kabor? Kalau orang jawa kata kabare..hehehe.Al-maklumlah..Che Daisy ni mak ayah keturunan jawa.Tak tahu ler plak jawa mana..jawa tengah kaa..jawa barat kaa.Tapi apa pernah melucukan Che Daisy,pernah sekali makan kat 1 kedai makan ni..salah sorang pelayan dia orang indonesia (perempuan)..orang jawo.Oleh sebab kami ni kira regular customer kat situ,kenallah.1 hari tu..this girl tanyalah kat Che Daisy satu soalan yang katanya dah lama dia nak tanya..
"Kakak..saya mau tanya boleh ngak..tapi kakak jangan marah yaa.Kakak ni orang jawa yaa..orang jogJakarta" Tersedak time Che Daisy..dalam hati tu macam nak ngaku ker tak.Hehehehe.

"A'ah..naper..nampak sangat ya muka jawa" Saja I just jawap pendek jeee..

"Memang ada muka jawa..tapi macam muka orang kota..orang kota..JokJakarta.." Alaaa..bukan malu nak ngaku..cuma,apa ada pada pangkat, bangsa ataupun keturunan.Esok lusa mati..masuk dalam tanah juga..sama jenis & gred tanah.Hehehe..

Haaa itu sampingan je..actually, Che Daisy nak promote my new blog.Kalau ada free..sila p lah singgah lalu kaaa...ke :-

http://www.happy-zuralife.blogspot.com

Still under construction & renovation.So kalo ada yang kurang..mana tahu u all ada idea yang bernas make it more useful and interesting.Boleh ler kongsi bersama2 Che Daisy.

Oklah..that all for now. Lain kali kita jumpa lagi yaa....tuuduluuu..;D

Tuesday, September 28, 2010

Changes...

Eemm..Che Daisy just change blog background.Rasa bosan plak ngan kaler merah tu.Mood bertukar ler plak.Cari yang relax..cool and sedap memandang.Lately,Che Daisy always nak sesuatu yang relax and tenang.Nak makan,pun memilih tempat yang not too crowded,kemas and teratur.Agaknya dah terlalu banyak serabut in my head..ataupun ianya hanya sementara...pembawakan budak ler katakan.

Banyak perubahan yang berlaku pada Che Daisy lately. Al-maklumlah,tak lama lagi kami akan mendapat 'orang baru'.At first..agak janggal,especially for my hubby.Yelah..dari segi perlakuan,mental and emosi semuanya berubah.Haaa...time nilah nak tahu tahap kesabaran pasangan kita macam mana.So far...alhamdulillah my hubby not too much complaint..dia ikut je rentak and always bersabar dengan karenah and 'peel' Che Daisy yang tak menentu ni.Tapi kalau dia tak tahan sangat..Che Daisy can see laa in his face..meraaahh je telinga dia..hehehehe..sabor ye Yang..you have another 4 months to go..skit jee lagi..:D

Emm...bagi pasangan yang sama macam kami ni..tahniah dan banyak2kan bersabor yek.Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan selamat.Insyaallah..

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya...



Nak kumpul macam ni..memang payah.Setahun sekali ler jawapnyee..iaitu time Raya.Bila dah kumpul semua..macam2 cerita yang keluar..rasa seronok dan terubat rindu masing2 pada sedara mara.Suasana macam ni memang Che Daisy nanti setiap tahun.
Dicelah2 kemeriahan berhari raya..terselit dihati Che Daisy kesedihan kerana pemergian nenek tercinta.Kira tahun ni..dah 2 tahun kami beraya tanpanya.Oleh sebab itu lah..kalo boleh Che Daisy nak ikatan persaudaraan kami dengan sedara mara..sepupu2 yang jauh atau dekat akan sentiasa kekal.Yelah..selalunya Che Daisy lihat..bila orang yang paling tua (atok/nenek) masing2 sudah meninggal dunia..adik beradik..sedara mara masing2 buat hal sendiri.

Kemeriahan berhari raya kali ini disambut dengan sederhana sahaja.Untuk raya tahun ni..sambutan diadakan di rumah Pak Uda.Emm..next year rumah Mak Ngah..lepas tu rumah mak Che Daisy plak.Macam tu lah seterusnya..bergilir2.Kalau boleh..Che Daisy nak acara berkumpul semua sedara mara ini..akan menjadi tradisi hingga keanak cucu kami.Insyaallah...

Disini..Che Daisy menyusun 10 jari..tidak terlambat lagi..untuk memohon maaf kepada semua sedara mara dan rakan2 jika Che Daisy ada melakukan kesalahan samaada sengaja atau tak dalam menjalani kehidupan seharian kita.

Akhir kata 'Selamat Hari Raya Aidilfitri.

P/s : Buat suamiku yang tercinta..adinda memohon ampun & maaf zahir dan batin. Halal kan makan minum adinda selama ini.Luv u sooo much..

Saturday, August 21, 2010

Merdeka...Merdeka...Merdeka..!!

"Tanggal 31,bulan 8,57..hari yang bahgia..hari yang mulia kita sambut dengan jiwa yang merdeka.".Kira oklah tu Che Daisy nyanyi..hehehe.Walau tak sesedap mana..tapi janji jiwa patriotik tu ada..:D

Eeemm..bulan 8,bulan merdeka.Kebetulan bulan puasa plak.Dalam masa kita menjalani bulan mulia ini..kehangatan nak menyambut raya pula mengatasi kehangatan untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53.Che Daisy tak nampak plak bendera2 tergantung dirumah2 yang berdekatan dengan rumah Che Daisy.Lampu liplapliplap..kelip2 tu adalah..ramai yang pasang.Nak raya ler katakan.Terharu plak Che Daisy bila balik dari kerja last week,bila pandang kearah rumah..Che Daisy lihat ada bendera tergantung.Terdetik dalam hati.."Ehh..tu rumah aku..".Actually,Che Daisy pun macam yang lain..bz nak raya je..langsung lupa ujung bulan ni hari merdeka negara kita.Rupa2nya hubby Che Daisy yang gantung bendera tu.Katanya..tak nampak pun rumah lain pasang bendera..saja je dia nak amik feel merdeka..semangat cintakan negara lah katakan.Tapi oklah..at lis apa yang my hubby buat tu..sedarkan Che Daisy kita bukan hanya nak sambut raya..malah nak sambut hari merdeka jugak.

Tapi,bila kita asyik cakap pasal merdeka ni..u all tahu ker apa makna merdeka ni? Eeemm..cuba criter skit kat Che Daisy...kita share apa itu makna merdeka dari sudut hati masing2..boleh? Comment yaa..

p/s :-
Jika ada kelapangan,silalah lawat laman web rasmi Hari Kemerdekaan negara di www.malaysiamerdeka.gov.my

Selamat Menyambut Hari Merdeka..!!

Monday, August 16, 2010

Salam Ramadhan

Waaahh..diam tak diam dah masuk hari ke 10 umat Islam berpuasa.Cepat betol masa berlalu.Eemm..masih tak terlewat rasanya untuk Che Daisy ucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada semua sahabat2.
Seperti mana yang kita tahu..puasa merupakan rukun islam yang ke 3,dimana semua umat islam tidak kira bangsa dan keturunan janji dia beragama islam wajib melakukannya.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183)[3]

Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah.Bulan keinsafan.Dimana kita digalakkan melakukan banyak ibadah.Dimana doa2kan kita insyaallah dimakbulkan olen Nya.Bulan yang mencabar tahap mana keimanan dan kesabaran kita.Teringat Che Daisy waktu sekolah asrama dulu..masa tu Form 1-3,bila tiba bulan puasa je,memang ada aktiviti qiamulail kat surau.Especially hari 10 terakhir..masing2 nak kejar malam 'lailatu qadar'.Masa tu Che Daisy main ikut je..kata kakak senior,sesapa jumpa malam tu,dan kita berdoa,semua doa kita akan termakbul.Kata mereka lagi,nak tahu malam tu lailatul qadar atau tak..mesti malam ganjil,langit bersih dan semua2 pokok seakan2 tunduk ke bumi seperti bersujud.Haa..Che Daisy nak malam tu bukan apa,sebab nak tengok pokok2 yang dikatakan tunduk kebumi tu je.Nak tengok keajaibanNya..macam magic gitu..:D Itulah kebesaran Yang Maha Esa.Che Daisy tahu..tak semua yang dapat malam mulia tu,certain selected people je.Hehehe..Seronok bila teringat masa tu..ketenangan yang tak dapat dibeli.

Bulan ini, bulan Syaitan iblis diikat..jadi hanya tinggal nafsu yang tinggal. Tiada alasan untuk kita tidak berpuasa..tiada syaitan atau iblis yang berbisik supaya tak berpuasa dan melakukan perkara2 yang dimurkai Allah. Hanya nafsu serakah kita yang tinggal..berkata2 pula. Jauhkan sifat membazir..almaklumlah..bila p bazar ramadhan tu..dah banyak pilihan,mata rambang,tekak pun macam nak makan semua yang ada.huh..apa nak beli ni?Akhir..tiba time buka,hanya sepotong kuih dan air yang ditelannya.Apa dah jadi dengan murtabak,popia basah,mee kari,bubur lambok,cendol,ayam golek,ayam percik..ish2..tong sampah ler jawapnyeee.Membazir jee..

Eemmm..bulan puasa bulan mulia..sama2lah kita mencari keberkatannya.

Selamat Berpuasa dan Berbuka untuk semua..:)

Thursday, July 22, 2010

Manjaa...Suka cari salah orang lain...huh..!!

Manja...istilah ni pada Che Daisy ada 2 makna.Satu..manja,kasih sayang pada pada sesapa yang kita sayang atau cinta.Dua..manja tak boleh buat keja tanpa kita di sisi..atau terlalu mengharap dengan orang lain.
Apa yang Che Daisy geram kat sini ialah kalau kita tak cakap apa kena buat..apa kena naik atas lori tak de lah nak naik.Peliknya document(DO) ada kat tangan bukan nak dibaca atau di cek berulang kali.Patut apa yang naik lori atau apa yang nk dihantar..kenalah tahu apa barangnya.Ni tak..bila tersilap barang atau terlupa amik barang..orang lain pulak disalahkan.Katanya hanya berpandukan kata2 yang di beritahu oleh kita..apa tak kan tak tengok DO langsung.Huh...geram plak.Asyik2 nak salah kan orang lain je.Salah kat diri sendiri tak mau plak ngaku.Huh..geram plak.
Kalau agaknya ada orang dengki letak dadah dalam lori atau kereta..bukan tahupun. Tahu2 kena cekup dek polis..dah dituduh bersubahat plak..huh.

Sabor2..sabor je laaa..:D

Sunday, July 4, 2010

Laughing Baby..So Cute..!!



Bila Che Daisy tengok je this video..rasa terhibur and serabut kat kepala pun hilang.Kira all the problems were gone. Tenang dan rasa happy..boleh senyum sampai ke telinga. Itulah kuasa ketawa seorang bayi.
Anda pula bagaimana? Apakah cara yang boleh buat anda tenang atau lega dari segala masalah2 atau pun kekusutan yang melanda diri? Jom kita kongsi bersama2..:D

Thursday, July 1, 2010

Beruntungnya kamu..

Eemm..Che Daisy teringat 1 of my ofismate ni. Bersungguh dia belikan laptop untuk anaknya yang baruu saja masuk universiti. Tengok riak mukanya...memang happy sangat lah. Che Daisy pun tumpang gembira. Bukan apa..bila tengok dia, teringat parent kat kampung. Sangat gembira dan bangga bila kami adik beradik dapat masuk U. Dengan sedaya upaya,berusaha untuk memenuhi apa saja yang diminta oleh kami. Termasuk membeli laptop. Sanggup keluarkan duit simpanan semata2 untuk memberi apa yang diminta kami. Bukan parent Che Daisy je rasanya yang sanggup buat macam tu..tapi semua parent yang gembira dan bangga sebab anak2 dapat masuk U.

Tapi..tulah budak2 sekarang. Sangat bertuah. Apa nak..pasti dapat,siap order lagi nak barang tu yang macam mana. Mesti cari yang macam ni..macam tu. Nak itu..tipon je..puuup dapat. Nak ini..tipon jee..splaaash datang. Nak sinun..vooom...kautim dapat. Huhuhu..senang sungguh. Contoh terdekatlah..ofismate Che Daisy ni lah yang bersungguh carikan anak dia laptop..padahal anak dia baru je habis minggu orientasi..kelas pun ada assignment yang perlu dibuat. Siap dah order nak laptop yang macam mana..senang katanya nak bawa sana sini. Eeemm..senang nak bawa ker..nak bergaya dik ooii..hehehe. Che Daisy pun ada adik ank pernah jadi student gak..so,memang tahu sangat ler rasam hidup student ni macam mana..:D Che Daisy bukan apa..kekadang mana yang tahu menghargai pengorbanan parent mereka..it ok lah,bagus. Mana yang just nak ambil kesempatan atas kesenangan parentnya..memang tak patutlah. Mentang2 mak atau bapaknya mampu..meminta apa saja tanpa memikirkan betapa susahnya nak carik duit semata nak belikan apa yang diminta si anak.

Cara didikan anak dulu dan sekarang pun dah jauh berbeza. Kalau dulu parent punyalah garang..pukul,rotan,cubit,bantai sebab nak bagi anak pandai masih relevan dan diterima ramai. Dan hasilnya..ramai yang jadi 'orang'. Tapi sekarang..pantang rotan atau cubit..mula si anak buat hal..merajuk..lari dari rumah..silap hari bulan ada yang siap tipon tele-dera lagi..kata ibu bapa dera mereka. Huhu..budak2 zaman sekarang..terlalu 'bijak' dan 'genius'.

Apa pun..pada ofismate Che Daisy ni..Che Daisy rasa terharu dan bangga dengan apa yang dia lakukan dengan harapan anaknya kelak akan jadi orang yang berguna,dihormati dan hidup senang. Insyaallah..amiin..!!

Tuesday, June 29, 2010

Penat nak pindah 'Rumah'...

Eemm..office dah start mengemas barang2 nak berpindah.Kesian jugak tengok member2 yang dok berkemas kat stor.Fuuhh..dengan bahangnyee..panasnyee..kalau Che Daisy ler..dah lama pengsan..kuat semangat depa tu.Bukan sikit barang2 yang hendak di kemas..dari sekecik2 barang..ke sebesar2 barang..huhu.Semuanya layan diri sendiri.Sendiri punya barang..sendiri kemas.Che Daisy plak..buat dak jee.Huhu..esok lah start.kat rumah ni ada kotak kosong.Nak harap kat opis..confirm dah habis..masing2 berebut kotak.Nak tak nak..Che Daisy kena cari alternatif lain ler..cari kotak.Kalau kena beli..beli ler.Nak buat camner..if not,tak berkemas ler jawapnyee.
Pada member2 Che Daisy yang bz mengemas..gud luck n terima kasih atas pertolongan korang..jasa mu amat dihargai..huhu.

Friday, June 25, 2010

Lagak si Bossy...!!!

Mentang2 ler senior,boleh suruh itu ini. Macam mana ler assistant tak lari dengan pe'el macam tu.Treat orang macam kita ni tak reti nak buat keja..macam ler kita budak2. Tahunye menyibuk..cucuk sana..cucuk sini.Bikin orang panas jeee.Rimas jadinya..lama2 boring..lama2 apa perlu dibuat..BABAI..!!hehehe..kalau ikut hati memang ler boleh buat macam tu..no problem. Rezki pun ada kat mana2..bukan kat situ je. Cuma sayang..dah 6 tahun keja..ntah lah. Dulu ada boss sporting,masing2 dah cau cin cau. Itu pun bukan main ler lagi si Bossy memburuk2kan nama mereka. Kali ini new manager naik..sibok nak ajar sana sini macam mana nak kerja..itu ler ini ler. Macam ler dia ni buat kerja bagus sangat. Cuma kelebihan yang dia ada..SENIORITY. Sabor ler bebanyak gamaknyeee. Selagi boleh sabar kita sabar.Buat apa nak pikir orang macam tu..buat sakit hati je kan. Buang masa jee..kang bertambah kedut kat muka..huhu.

Thursday, June 24, 2010

5 Easy Ways to Keep Your Brain Sharp




Everyone is forgetful, but as we age, we start to feel like our brains are slowing down a bit—and that can be the most frustrating thing in the world. Luckily, research shows there is a lot you can do to avoid those “senior moments." Whether it's relaxation or adding certain foods to your diet, read on for some techniques worth trying.

1. Chill Out
The brain remembers better when it’s relaxed, say researchers at the California Institute of Technology, so take a few minutes each day to breathe deeply or meditate. "The positive of meditation is you have focused concentration and relaxation taking place at the same time," says Elizabeth Edgerly, PhD, spokesperson for the Alzheimer's Association. "Researchers believe those things are good because they're developing new connections for your brain cells."

2. Focus on the Future
People who regularly made plans and looked forward to upcoming events had a 50 percent reduced risk of Alzheimer’s disease, according to a recent study. But don’t worry if your calendar isn’t overflowing with life-changing events. Something as simple as setting a goal to have a weekly coffee date with a friend (and keeping it) will do. "Psychologically it keeps us motivated," Dr. Edgerly says. "There's evidence that people who have a purpose in life or who are working on long-or short-term goals appear to do better." In other words, keep your brain looking forward.

3. Go for a Walk
Mildly elevated glucose levels (even if you don’t have diabetes) can harm the area of the brain that helps you form memories, say Columbia University researchers. Experts agree that physical activity can help get blood glucose down to normal levels. In fact, the strongest evidence is regarding the effect of physical activity on the brain. Dr. Edgerly says, "When you exercise, you release chemicals that are good for your brain. It's like a mini fountain of youth in your brain, and the only way you can get it is exercise." In other words, when you take care of your heart, you take care of your brain.

4. Snack on Berries
Blueberries have compounds called anthocyanins that help communication between brain cells and appear to improve memory, says Robert Krikorian, PhD, professor of psychiatry and behavioral neuroscience at the University of Cincinnati. In general, Dr. Edgerly says the darker the fruit or vegetable, the better. She adds, "It's a healthy, well-rounded diet, especially one that mimics a Mediterranean diet, and that's fish, lots of fruits and vegetables, and red wine, everyone likes the red wine part."

5. Learn Something New
Take a Spanish class online, join a knitting club, or learn to play poker. A UC Irvine study found that mental stimulation limits the debilitating effects of aging on memory and the mind. But the best thing for your brain, Dr. Edgerly insists, is when you combine learning something new with physical activity. "It should be something like dancing, or coaching a sport. Or go learn golf with your girlfriends. That sort of thing is even better for your brain than, say, a crossword puzzle.”

P/s : Taken from Yahoo Website - Healthy Life

Wednesday, June 23, 2010

Si Dia Pemarah...


Apa agaknya kita nak buat kalau dapat pasangan panas baran atau pemarah ni.Che Daisy terbaca lah satu artikel ni..kat majalah Dara.com this month edition.Boleh gak kita berkongsi bersama2 yek..:D

Kenali sifat pasangan - Cuba kenali atau fahami sifat pasangan kita baik2.Dalami macam mana karektor dia.Apa yang dia suka..tak suka.Huh..payah kan nak faham orang ni but if each other saling memahami,insyaallah tak de masalah dalam perhubungan itu dalam jangka masa panjang.

Elak buat perkara yang tidak digemari pasangan - Cuba elak daripada buat perkara2 yang tak digemari oleh pasangan kita.Tetapi,kalau kena buat jugak..try not to inform him/her.Adakalanya tak semua perkara kita boleh kongsi bersama2 pasangan terutama pada perkara2 yang boleh mendatangkan marah.Lebih baik tak tahu daripada tahu..buruk padahnya.Itu untuk perkara yang baik sahaja.Kalau korang buat benda tak elok..sendiri tanggung yeek..:D

Jangan campur tangan urusan pasangan - Kira mind your own biz.Bagi si dia ruang..privacy.Dia pun ada hal yang perlu diselesaikan secara sendirian.Tak semua pasangan suka dibantu..may be sifat E(ego) terlalu tinggi.Tapi lebih jangan cubalah..ada jugak kena 'maki' free.

Elak sentiasa memberi nasihat - Niat kita baik untuk kebaikan bersama..tetapi bagi si dia may be anggap kita ni suka sangat membebel.Terlalu banyak bercakap pun boleh mendatangkan marah..silap cakap kena laagi.So..apa lagi,baik diam aje.Kalau apa2 berlaku..kita boleh cakap "Jangan kata saya tak bagi nasihat pulak yeek.." kena sebijik kat dia.Itu je caranya..but tapi kalau teruk sangat keadaan..kena bersuara jugak.Cegah sebelom parah..huhu

Open minded - Cara si pemarah beri teguran memang keras dan kasar.So,kita pulak kena terima teguran si dia sebagai kritikan yang membina.Be open minded dengan apa yang yang ditegur.Jangan kita pulak cepat melenting...haa,jadi jalak lenting ler plok.Memang akan rasa sakit hati,sakit telinga..tapi kalau kita take it easy and positive..tak de ler kita 'makan hati'.Terimalah dengan hati yang terbuka.

Terus terang - Tak semestinya semua sifat si pemarah negative belaka..ada positivenya.Salah satu sikap suka berterus terang.Tak denya nak selindung2..si dia akan cakap apa yang dia tak suka secara direct.Bahsa berkias2 ni..tak de dalam kamus diri mereka.Kita pula kena tahan telinga..apa yang akan terkeluar dari mulut si dia mungkin akan membuat kita tersentak..terkedu..speachless.Silap hari bulan..balik rumah masuk bilik kunci pintu...meraung ler sepuas2nye..huhu.

Tak semua bertuah dapat pasangan yang boleh bertolak ansur,memahami dan saling menyokong apa yang dibuat.Memang payah nak jumpa.Tapi kita kena ingat..setiap satu daripada kita memang telah ditetapkan jodoh atau pasangan hidup.Kena sentiasa bersyukor dengan apa yang kita ada.Ikhlas menerima segala kelemahan dan kekuatan pasangan masing2.Sayangi diri sendiri..menyayangi insan yang sepatutnya..:D

Sluurp..bestnya dapat makan mee bandung..!!!

Huhuhu..terasa tekak nak makan mee bandung.Cari punya cari..tanya punya tanya..dah jumpa.Beeesst...:D Haaa..baru rasa puas hati.Baru ada rasa mee bandung muor..hahaha.Walau pun tak serupa..tapi janji ada bau ala2 mee bandung muor tu dah ok..lama dah carik.Now i know where to get it...huhuhu.Best2..next time boleh datang lagi.lalalala...lepas ni terasa nak makan apa plok...eemmm

Friday, June 18, 2010

Balik kampung..OoooO..balik kampung..!!!

Yahoo..kalau tak de apa2 aral melintang minggu ni Che Daisy & hubby balik kampung.Haaa..this time seronok..macam raya plak..sebab adik2 Che Daisy semua ada kat rumah..termasuk yang kat Sabah.Dia baru sampai rumah semalam.Bukan senang kami nak kumpul ramai2 macam ni..means dapat kumpul semua.Mesti ada yang tak cukup 'korum'.
Waahh..mesti meriah.Ditambah lagi dengan si kecik Atif & Sakinah..menambahkan lagi seri family.
Kampung ku here i come..!!!

Thursday, June 17, 2010

Ahaaiyaii...mengantoknyeee..lepas makan macam ni ler gamaknyee...!!!

Fuuh..awat Che Daisy megantok benor ni..buat kerja pun tersenggot2.Apa Che Daisy makan tadi.Oooo..baru teringat..ayam masak lemak..patut ler.Santan..berlemak2.Memang patut Che Daisy ngantok bebenor..huhu.Tak boleh buka mata langsung ni..p basuh muka lah.May be boleh segar..tapi kalau simbah muka dengan ayer pun masih mengantok..ubatnya..TIDOOR..!!

Buat kerja sorang2...kerja melambak...uit !!!

Dah 2 minggu Che Daisy buat kerja sorang2.Rakan sekerja Che daisy cuti panjang..almaklumlah,early stage of preganancy.Banyak alahannya..kesian plak.Tapi yang tak syioooknya..Che Daisy kena buat kerja dia lah...fuh.Keja Che Daisy pun melambak..ni tambah lagi..huhuhu.Sabor2...kena buat gak..boleh buat..boleh buat..think positive.Hari ni hari dia..esok lusa hari Che Daisy belom tentu lagi.It ok..tolong orang,buat dengan ikhlas..besar ganjarannya..:D

Tuesday, June 15, 2010

Pindah Ofis..Dapat GM baru...!!

Kalau tak de apa2..dengor criter,Che Daisy satu ofis akan pindah bulan depan.Uhh..bab ni yang Che Daisy malas..sebab nak mengemas2.File dah ler melambak2..dengan catalog2.Huhuhu..malaaaassnyee..but what to do..kena buat gak.Nake ke..tak nak ke..selagi anda bekerja di bawah satu bumbung..buat le bagi habis.Bangunan baru plak,dari apa yang Che Daisy tengok pada gambar yang pernah ditunjukkan oleh boss..nampak cantik & gah.Emm..itu kebanggaan dia,penat lelah selama 30 tahun lebih.

Sempena nak pindah ke bangunan baru ni..kami pun dapat new GM.Orang lama gak.Kira otai dalam automotive industri jugak.Dulu katanya pernah kerja di company Che Daisy ni..and top salesperson.Banyak bawa profit dalam company.But jodoh tak panjang..biasalah,sampai satu tahap masing2 ada hala tuju masing2.Mahukan lebih kepuasan..lebih cabaran.So he left the company. And today,all staff received email from boss..annouce for the new GM. Apa yang Che Daisy boleh katakan since dia pernah kerja dulu2..Welcome Back Mr GM..hope the best from you..!!

Monday, June 14, 2010

So tired and soooo sleepy..tidor best nii...:D

Uuuaargghhh..uit..astaghfirullah..menguap plak Che Daisy.Hari ni dah ler ujan lebat..cuaca pun sejuk jee..:D penat badan..penat otak..semua penat..rasa nak tidor je.Nak buat keja pun tak de mood.Now Che Daisy tengah dok tengok TV..criter pun ntah apa2..yang makin buat Che Daisy lagi ngantok..huhuhu.Nak buat projek paper yang baru dapat pun..no mood.Macam mana nii...mood oh mood dimana kah engkau.Huuuh..ngantooknyee...

Sunday, June 13, 2010

Artis Kita...Artis Luar...mana lagi best..??

Kemana hilangnya artis kita..? apa tak bagus ka? Makin melambak2 artis luar negara especially daripada Indonesia mai cini.Apa yang best sangat..suaranyaa kaa..lagunya kaa..liriknya kaa..penyanyi itu sendiri kaa..? Bukan apa..tadi Che Daisy & hubby dok tengok rancangan Nona kat TV3..bila tang akhir tu.Sekali lagu Indon laa.Suddenly my hubby tanya.."apa tak de lagu artis kita..lagu artis kita tak best ka..?".Actually my hubby bukan minat sangat artis2 ni but at least dia tahu ler artis muda2 kita macam Yuna,Dayang NurFaezah,Aizat,Faizal Tahir (all have their own talent) and yang otai2 ni macam Jamal Abdillah,Wings,Search,M.Nasir.Dah ramai sangat yang masuk negara kita..sampai tak tahu dah apa nama mereka.Kalau macam Krisdayanti,Rossa,Dewa,Sheila on 7 tu..biasa ler kami dengor.Ada yang baru..Padi laa..Ungu laa..apa2 lah.Sampai Che Daisy pun penat mendengor lagu2 mereka.Agaknya artis kita ni banyak sterotype kot.Tak de imej tersendiri.

Semalam tengok carta Muzik2..banyak jugak band baru.Lagu tak sedap langsung..tak tangkap masuk telinga Che Daisy.Ish2..agak boring jugak ler.But still ada pembaharuan lah dalam industri muzik kita..lagu2 pun tak ler poyo mana..macam Yuna,Aizat,Faizal Tahir,Adibah Noor,Anuar Zain..masing2 ada bakat tersendiri.Kena jaga diaorang elok2..they can contribute a lot.Orang2 macam ni yang kena jaga elok2.Kalau artis kita buat konsert..Che Daisy tengok dalam rancangan TV tu kata..mereka ngadu susah nak dapat sponsor..agaknya penaja pun takut nak taja..risau konsert tak de orang.Tapi kalau nama2 besar macam Wings,Search,Jamal Abdillah,Adibah Noor,Faizal Tahir yang memang ada peminat fanatik masing2..tak kan tak konfiden lagi kot.Kita tak yah cakap pasal Datuk CT ler..sebab for me dia ada 'market' dia tersendiri.

Kalau artis luar negara..peehh..kejap je...laju jee sponsor sambar.Che Daisy bagi contoh ler,artis bollywood macam SRK,Kajol,Akshay Kumar ker..yang hanya tahu bergelek2 saja..terkumat kamit mulut tu..bukan mereka nyanyi pun..guna suara dan lagu orang lain untuk nyanyi..masih disambut hangat dinegara kita.

Ish2..Che Daisy cuma terpikir,sapa lagi nak tolong artis tempatan kalau bukan kita sendiri..tolong orang sendiri.Buat apa nak lebih2 kan orang luar..apa faedahnya..huh.

Saturday, June 12, 2010

Antara SUKMA dan WORLD CUP 2010...mana satu nak tengok nii..??




Che Daisy tengah heran ni..dok pikior. Yelah..tak tau ler plak ada SUKMA berlangsung nun kat negeri bersejarah Melaka sana. Search2 online..rhupa2nyee dah start 10 Jun..tarikh sama lebih kurang dengan World Cup ler plak. Macam tak de promotion pun sukan malaysia kita ni..yang Che Daisy tengok hari2 promo untuk world cup aje. Siap ada program khas lagi. Untuk Sukma plak..esok nak start..Che Daisy baru tengok iklannya..ker Che Daisy yang tak alert..eemm..

Bukan apa..Che Daisy tahu lah world cup tu menyatukan seluruh dunia..tapi apa kurangnya sukan malaysia kita. Boleh dikatakan..kalau mana2 kedai makan yang Che Daisy p..semuanya buka channel sukan luar negara. Especially bila musim world cup sampai ni..jangan criter leer..memang melekatlah punggung masing2 sampai lewat pagi pun tak kisah..janji dapat tengok team kesayangan. Tapi rasanya kalau tukar siaran sukan malaysia..layan tu layan ler gak...tapi tak ler sekusyuk macam tengok world cup tu..tak ler excited tengok world cup..huhu..

Tapi betol..Che Daisy rasa sunyi and no extra-vaganza promo for our SUKMA kat Melaka. Haaa..lagi satu..tarikh plak di buat masa world cup. Macam mana nak orang nak beri tumpuan sepenuhnyee. May be ada ler penonton yang p stadium tengok acara renang,wusyu,angkat berat,gimnatik,hoki,golf,judo,menembak..tapi tak ramai. Ada sesapa tahu ker negeri mana yang lead pingat emas sekarang ni? Siapa yang break the record kebangsaan? Atlit wanita/lelaki yang cemerlang..berjaya cipta rekod baru? Rasanya ramai yang tak amik kisah pun pasal tu..nak jawap tu tercanguk2.
Cuba kalau ditanya..Siapa bakal menang World Cup ni..team mana? Team sapa yang kuat? Malam ni team mana yang main hari ni? Siapa Ronaldinho..naper David Beckham tak main untuk musim ni? uuhh..sepantas kilat dapat jawapan. Siap ada program khas untuk world cup ni..macam2 program para penerbit TV buat. SUKMA tak de plok. Cuma iklan biasa jee..alaaahaii..macam nak tak nak je si pembuat iklan tu..huhuhu

Tulah bezanya penerimaan kita pada sukan sendiri dengan international. Naper yek..Che Daisy pun kekadang tak de perasaan nak layan sukan kita sendiri..malas..no spirit at all. Padahal..kita patut beri semangat yang jitu pada atlit2 kita. Mereka pun ada bakat yang besar..tapi apa silap agaknyee..? Eeemm..

Wednesday, June 9, 2010

No Question Asked..throw the baby here..!!


Baru2 ni Che Daisy terbaca surat kabor orang puteh New Strait Times dated 6/6/10. Salah satu artikel yang menarik perhatian Che Daisy ialah..mengenai satu new orphanage named OrphanageCARE..this center actually kira macam rumah anak yatim lah,tapi bezanya untuk penyerahan bayi tu..satu soalan pun takkan ditanya..cuma perlu tinggalkan baby didalam hatch (lubang)yang memang dicipta khas untuk bayi..isi consent form yang ditinggalkan berdekatan dan just write short note (baby medical note) untuk rujukan pihak terbabit..just Don't ask..Don't tell policy. This centre dibuka setiap hari,masa dan jam. Mak bapak berkenaan boleh letak bayi bila2 masa. Che Daisy rasa bukan mak bapak saja,malah sesapa yang terjumpa bayi tengah2/tepi jalan..rasa kalut nak hantar kat balai polis atau hospital..boleh jugak letak dalam hatch ni.

FYI, lubang yang disediakan bukan sebarangan lubang..ia direka cipta lengkap dengan penghawa dingin,CCTV dan mempunyai sensor dimana once bayi diletakkan alarm akan berbunyi dibilik caretaker..menurut artikel tu this hatch cost about RM 15K. Dan this OrphanageCARE juga memberi kebenaran pada mak bapak bekenaan bertemu anak2 mereka in the future..hah..itupun jika masih ada yang ingat kat anak masing2. Bayi2 ini akan dicarikan keluarga angkat supaya perjalanan hidup mereka terjamin.

Tujuan utama cara ini diperkenalkan adalah untuk melindungi bayi2 yang tak berdosa itu berada ditempat yang selamat. Mempunyai keluarga dan penghidupan yang lebih baik. Bukannya dibuang di tong2 sampah, lombong2,sungai2,parit atau longkang yang mana bila dijumpai dalam keaadaan yang sangat menyayat hati. Naperlah masih ada manusia yang tak berperikemanusiaan langsung. Geram plak Che Daisy. Pandai buat..tak mau tanggungjawab..payah2!! Che Daisy bukan apa..ramai pasangan yang nak anak sesangat. Daripada di buang..baik bagi mereka yang memerlukan. Jangan membazir..kalau tak mampu nak bela, baik dari awal2 'buang' saja..sama jugak dosanya. Che Daisy bukan apa..tak sanggup tengok bayi2 yang dijumpai dengan keaadaan yang sangat menyayat hati. Kejam sungguh mereka yang membuang si kecil itu. Actually, this method bukan nak galakkan budak2 muda sekarang buat perkara yang tak elok ataupun lakukan hubungan seks melampau2 dan sesuka hati..cuma,biasalah bila dah terkena..time tulah terngadah..time tu lah nak regret..time tu ler nak korek lubang. Dengan akal yang pendek..pemikiran yang cetek..dicampak dan dibuang bayi tu merata2 tempat..macam sampah.

Pada Che Daisy, ini adalah salah satu usaha yang sangat murni. Usaha ini juga mendapat sokongan daripada our Women,Family & Community Department Ministry. Dengan adanya rumah2 seperti ini..dapat ler kita sama2 membela nasib bayi yang dibuang ini. Apalah dosa mereka. Anak itu umpama rezki dan anugerah yang tak ternilai diberi oleh Tuhan pada kita.

Ni Che Daisy tinggalkan alamatnya. Jangan plak amik kesempatan p sengaja buang anak kat dalam hatch tu. Nak cut cost ler katakan..anak ramai sangat katanyeee...uit..itu memang buat naya jee. Pada Presiden this OrphanageCARE Datuk Adnan Mohd Tahir, Che Daisy ucapkan syabas dan terima kasih atas usaha datuk. Sama2lah kita membasmi kes2 pembuangan bayi ini dari terus berleluasa. Ini bukan budaya kita..apatah lagi ajaran setiap agama yang ada tak kira ler Islam,Buddha atau Kristian. Point tetap sama..menuju kearah kebaikan agar terbuka jalan ke syurga.

P/s : OrphanageCARE, Lorong SS 1/24A,Kpg Tunku,PJ

Monday, June 7, 2010

Perasan Bagus..atau Memang Bagus..huh..!!!

Heemm..rasanya blog Che Daisy boleh tempat lepaskan geram.Sebab Che Daisy tengah geramm nii..dengan seseorang yang perasan macam bagus sangat. Cakap tu macam kita ni baru sebulan kerja..macam kita ni tak tahu buat keja.Huh..geram plak dibuatnya.

Dah banyak kali Che Daisy dengar komplen from my branches yang dia ni kureng berbudi bahsa skit.Main marah sesuka hati..macam bos besaq.Cara cakap tu membangga diri. Mentang2 pernah keja kat company besaq..jangan ler nak nyombong sangat..marah2 orang lama sesuka hati. Kena ada budi bicaranya. Dengar criter background dia ni pernah keja kat company besaq..tapi pelik, dah keja best2 kat company besaq tu..pasal apa resign and datang mai keja kat company kami ni. Kalau krja kat company besaq..mesti cara keja tip-top..tapi awat selalu kena teguq dengan bos. Padahal keja dia pun Che Daisy tengok tak ler sebagus mana..banyak mistake..tak alert. Sama je lebih kurang dengan yang lain.

Che Daisy ni bukan kata tak boleh kena tegur..tapi kalau dah tanya kita macam kita ni baru keja sebulan..menyirap jugak. Customer yang memang lama Che Daisy kenal..ada ka dia cakap "U kenal kaa En.B ni..i rasa u tak kenal and tak tahu dia macam kan. U pernah ka jumpa dia..i rasa u tak pernah jumpa dia.Dia ni macam ni..macam tu.." uhh..bebulu Che Daisy dengar. Padahal, sebelum intercom dia..Che Daisy baru je berborak ngan Mr B ni..Mr B pun selalu cari Che Daisy tanya pasal harga barang.. And bila susah nak contact department 'dia' yang perasaan bagus ni..Mr B ni cari Che Daisy jugak..minta settle.

Uh..lega skit kpala otak Che Daisy ni.Kalau tak..tadi tengok semua orang dalam ofis..semuanye 'keciikk' je..tu pun tahan lagi..sabor2. Kita ni walau pun rasa diri kita pandai..jangan ler nak membangga diri. Kalau nak teguq pun..dengan bahsa yang elok..especially dengan orang yang lebih senior/orang tua. Ada caranya..bukan main semboor je. Tengok diri sendiri dulu..jangan ingat apa yang dilakukan semuanya betol..blaja respect orang lain kalau nak diri di respect oleh semua. Walau setinggi mana kita berada..orang dibawah jangan dilupa dan dipandang rendah.

Sunday, June 6, 2010

Lelaki dan Bola...Tak Boleh dipisahkan..!!!


Lelaki & Bola memang payah nak dipisahkan.Lebih2 lagi musim world cup tak lama lagi..i think dalam 5 days more to go.Haaa..time tu,penuh ler kedai mamak serata tempat.Memang patut ler kaya2 tokeh restoren mamak ni..huh.

Tanya ler mana laki2..sapa yang tak minat bola sepak? Boleh dikatakan 90% semuanya 'kaki' bola.Bukan nak kata perempuan tak de yang minat,malah yang main bola pun ada jugak..tapi tak ramai bilangannnye ler.Kawan Che Daisy ada sorang..tu pun sebab dia membesar dikeliling laki2..abg & kawan2 pun ramai laki2.Memang Che Daisy tabik ler dengan dia..kira nama pemain semua dia ingat.Terrorist betol lah dia. Tapi macam Che Daisy pulak hanya kenal yang glamor2 je..macam David Beckham,Ronaldinho,Ronaldo..tu je kot yang hafal nama..lain tengok muka jee,nama tak kenal..huhu..:D Nasib baik ler my hubby bukan fanatik bola..kalau tak,jenuh Che Daisy kena tengok bola memanjang..huh..!! Silap haribulan..masak lauk bola,mandi bola & tidor pun dengan bola..haaa,tu memang nak kena ler tu..hehehe.

Che Daisy heran ler..apa yang best sangat pasal bola ni..? Bola satu,keja ramai2 atas padang yang luas seluas2nya..huh.Kalau Che Daisy lama dah 'pancit' tengah padang tu..gilak aaa. Apa ler syiook sangat tengok bola ni..? Laki2 ni Che Daisy perhatikan..even dia tak pandai main bola atau lebih senang kata 'kaki bangku'..haa,still boleh paham cara permainan ni..tanya ler dia apa pun..boleh dijawapnya..pelik2.

Anyway..this coming World Cup ni pun..Che Daisy tak sabor jugak nak tengok.Kalau tak paham..tanya my hubby nanti.Huhuhu..ada jugak tu nanti kena dok luar umah.Yelah..kacau dia memanjang,banyak sangat tanya..huhu.To all laki2 yang minat sangat2 dengan bola..especially world cup is coming soon..so,sebagai ingatan, bola tu bola jugak..jangan terabai pulak tanggungjawab sebagai seorang pekerja,bapa & suami.Jangan sebab bola prestasi kerja murundum,anak2 kurang perhatian & isteri pulak terasa 'sekadar dipinggiran' pulak.ish2..naya jee nanti..:D

Friday, June 4, 2010

Feel the Spirit...Find the Goal

Hidup mesti ada matlamat.If not tak de arah tujuan..tak bernoktah.
Dalam pencarian hidup bermatlamat harus jelas dan terang apa yang dicari..apa yang diminta dan apa yang diperlu.Kejayaan atau kegagalan adalah asam garam kehidupan. Pahit manis,cabaran dugaan harus ditelan dan diatasi. Kesusahan atau kepayahan mematangkan kita untuk terus menjadi 'surviver' dalam dunia yang penuh dengan kejutan setiap hari..setiap masa..setiap detik.

Cuba tidak terlalu mengeluh dan merungut dengan apa yang terjadi sebab ia hanya akan menambahkan lagi beban dibahu..serabut dikepala. Apa yang perlu dibuat..hadiahkan semua masalah dengan sekuntum senyuman seindah dan seikhlas yang mungkin.Ia akan membuatkan kita bersemangat dan ceria menerus hidup membuat amalan sebanyak yang mungkin untuk bekalan akhirat kelak. Jangan terus mengalah dan cepat berputus asa..teruskan usaha untuk menjadi yang terbaik dan cemerlang..insyaallah.

Thursday, June 3, 2010

Tabiat Pemakanan..Bad Habit Must Avoid it..!!!


Alaa..rasa lapor ler plak.Uit..nak makan apa yek best..eeemm. Tak kisah lah..may be sat lagi masak maggii..huhuhu. Not gud..unhealthy food.Hah..but i luv it.Tak pun..buat air milo cicah roti..sodap jugak tu..:D

Actually,Che Daisy nak kongsi sikit tabiat makan yang memang kita kena elakkan.Kalau boleh jangan di try pun.Ini untuk kesihatan badan kita jugak.Bermula dari pemakanan yang sihat,insyaallah badan kita pun boleh tahan lama.

Meninggalkan Sarapan. Sarapan pagi amat penting untuk membekalkan tenaga menghadapi hari yang panjang,memberi tumpuan pada kerja,berdepan dengan tekanan serta melakukan pelbagai aktiviti fizikal lain.Tanpa bekalan tenaga yang diperolehi daripada sarapan pagi yang baik,kita pasti akan mudah letih dan tidak bermaya. Che Daisy pun kekadang terskip jugak..but try to isikan dengan minuman yang berkhasiat seperti nestum atau quaker oat.

Makan terlalu banyak. Cuba elakkan makan dengan kuantiti yang banyak..bersederhana.Ditakuti kalau terlebih makan, bermacam masalah pulak yang timbul seperti kegemukan atau obesiti,perut buncit dan tubuh dibaluti banyak lemak. Ini akan menjejaskan penampilan 'vogue' kita..dan juga terdedah dengan pelbagai penyakit.

Mengambil terlalu banyak lemak,garam dan gula. Awasi makanan yang diambil. Elakkan makanan yang bergoreng dan mengandungi kandungan lemak,garam serta gula yang tinggi boleh menyebabkan kita terdedah kepada penyakit jantung,darah tinggi dan kencing manis.Emm...boleh ker..tapi kalau sekali sekala ok kot..:D

Makan snek ketika melakukan kerja. Tabiat ini menyebabkan kita makan berlebihan dan akhirnya menambahkan berat badan.Tanpa kita sedari,banyak makanan atau snek yang telah 'selamat' dikunyah.Hahahaha..Che Daisy rasa,macam selalu buat jee sampaikan my ofismate pun tegur.Maluuu..

Makan sebelum tidor. Tubuh kita rehat apabila kita tidor,tetapi apabila kita makan sebelum tidor,perut akan terus bekerja dan proses 'mengosongkan' perut menjadi lebih perlahan.Terlalu kenyang pun susah nak tidor..apatah lagi kalau rasa lapor.Kalau tak boleh tahan sangat,try macam Che Daisy buat..minum air milo cicah biskut kering..tapi jangan buat manis sangat..kencing manis ler plok nanti..huhu

Kurang makan sayur dan buah-buahan. Jangan makan hanya untuk kenyang saja..tapi pilihlah makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang memang mengandungi pelbagai nutrien.Nasib baik ler Che Daisy suka makan sayur..buah2 lagilah..especially buah epal.Alamak..dalam peti ais buah dah habis,kena beli nii..

Tidak minum air kosong mencukupi. Air penting untuk kekal sihat.Jika kekurnangan minum air dalam sehari,ia boleh mengurangkan kadar metabolisme.Air is the most important element dalam semua fungsi metabolik,termasuk untuk bakar kalori.So..drinks lot of water..tak kisah ler berapa kali dalam satu hari kita keluar masuk toilet,janji badan kita sihat dan cergas.

"Badan Sihat,Otak Cergas,Minda Cerdas"

Wednesday, June 2, 2010

Apa Nak Jadi..Sampai Sekarang Membujang Lagi...Eeh salah ker..??



Haa..cuba dengar lagu ni.Kalau dah..ok,sebelum Che Daisy teruskan coleteh ini..nak minta maaf dulu pada member2 Che Daisy,mana2 yang terbaca artikel ni terasa kaa..kecik hati kaa..Che Daisy minta maaf ye.Tak de niat nak kenakan korang kaa..sindir korang kaa.Kena minta maaf dulu..sebab most of my friends,ramai yang tak kawin lagi even umur dah masuk no.3..hehehe.Tapi walau macam mana pun..korang tetap vouge..:D Meletop gituu..

Eeemm..isu kawin lambat.Dah biasa dengar..and Che Daisy pun sendiri kawin lewat 20an.Berdesing jugak telinga,tiap kali balik kampung..jiran2 tanya.."Ni bila nak kawin ni.." Nasib baik mak & ayah tak banyak tanya.Pada mereka..bila sampai masanya..kawin ler anak dara dia..no hal lah.Tapi payah jugak mula2 nak convincekan diaorang..yelah during that time Che Daisy asyik dok heret boypren (now my hubby) sana sini balik kampung.

Tapi apa masalahnya kawin lewat ni?Salah ka?Che Daisy senaraikan lah antara alasan2 atau sebab2 yang 'pofular' kawin lewat ni:-
1) Tak sampai seru
2) Tak jumpa jodoh yang sesuai
3) Fokus dengan kerjaya/Study
4) Financial problem.Ekonomi tak kukuh,hantaran terlalu tinggi
5) Takut pada komitmen berumahtangga.Big responsibility
6) Parent Blessing
7) Banyak pilihan.Ramai benor GF & BF
8) Tak yakin.Perasaan rendah diri yang melampau
9) Takut pada kegagalan
10)Risau time nikah..nak lafaz akad nikah,tersangkut2 depan tok kadi.Fuuh..berpeloh2 wa cakap lu..hehehe


Ahaa..fakta ni baru saje Che Daisy jumpa..

Ambivalent
Pilihan individu itu sendiri untuk hidup membujang dan menganggap pembujangan mereka ini adalah sementara. Mereka tidak mencari pasangan untuk tujuan berkahwin. Walau bagaimanapun mereka bersikap terbuka terhadap cadangan berkahwin. Mereka ini biasanya terdiri daripada golongan lelaki dan perempuan awal dewasa yang secara aktifnya terlibat dengan pendidikan, karier atau seronok dengan kehidupan masing-masing.

Wishful
Merupakan individu yang secara terpaksa hidup membujang dan menganggap pembujangan adalah sementara. Mereka secara aktif mencari pasangan untuk berkahwin tetapi masih gagal. Mereka yang tergolong dalam bujang jenis ini sedar bahawa mereka ingin berkahwin.

Resolved
Merujuk kepada golongan individu yang menganggap diri mereka bujang untuk selamanya. Terdapat peratusan yang sangat kecil yang memilih untuk menjadi bujang jenis ini. Mereka lazimnya merupakan para rahib, pendita atau sami.

Regreteful
Bujang jenis ini merupakan golongan individu yang ingin berkahwin tetapi menganggap bahawa takdir telah menentukan mereka kekal membujang dan tidak berkahwin. Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita yang berpendidikan tinggi dan berumur lebih daripada 40 tahun dan mempunyai gaji yang besar.

Dalam artikel yang sama jugak,daripada statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2000, peratus golongan yang belum berkahwin lingkungan umur 20-34 tahun adalah:-
Tahun Golongan muda Golongan wanita
1981-1990 43.2 60.2
1991-2000 48.1 86.5
Pada tahun 1956, wanita yang berkahwin pada usia 15-16 tahun lebih kurang 97% dan pada 1988, ianya menurun kepada 6% sahaja.


Macam nilah..terpulang pada individu itu sendiri.Kuasa membuat keputusan ditangan masing2..bukan ditangan Che Daisy kaa..tangan Che Kiah kaa..tangan Pak Seman kaa.Apa yang penting hati happy..tak kacau dan susahkan hidup orang lain..tahu apa yang dibuat and mind your own business. Always think positive and set in your mind,fokus..'AKAN SAMPAI JODOH AKU JUGAK,DITEMUKAN DENGAN YANG BAIK,TERBAIK & YANG HEBAT,TERHEBAT HANYA UNTUK AKU SAHAJA,INSYAALLAH'. Banyakkan bersabar,berusaha,berdoa dan tawakal padaNya.

Hadis Rasulullah s.a.w. : “Nikah adalah sunnahku, maka barang siapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunnahku itu.” (riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a.)

i LOVE you...i HATE you..!!


Haa..what do you think bila baca above title..:D Pernah mengalaminya..?
Rasa marah..sedih..suka..atau tak rasa apa2.This situation biasa berlaku pada pasangan yang tengah hangat,asyik masyuk bercinta..hehehe.Alaaa..Che Daisy pun lalui zaman luving muving ni,couple mapel ni..so,tak banyak bezanya dengan cinta alaf baru sekarang ni pun.This problem wasn't not only dihadapi oleh couple yang belom berkahwin..malah husband & wife also always face it.

Biasalah..setiap pasangan ada pasang surutnya tahap rasa perhubungan.Kejap baik..kejap gaduh.Kejap I luv u soo much..kejap lagi..U get lost..i hate u..!!Bila time gaduh..waduh2,perang dunia ntah yang berapa kali dilancarkan..maki sana sini..tumbuk cermin dinding..pecah cermin kereta..sepak terajang apa saja yang ada depan dan macam2 lagi.Kononnye nak tunjuk 'kpala sapa paling besar'.Ego tak bertempat. Tapi bila time baik...berlambung pujian diberikan "U look soo beutiful" even masa tu p jumpa tak mandi,rambut serabai,tudung senget..kalau kentut plak,bau wangi katanya..ish pendek kata,semua yang buruk2 dikatanye elok dan cantik2 jee..huh.

Pada Che Daisy ler kan..setiap couple kena belek diri masing2.Jika gaduh..go thru yourself..apa yang silap..yang penting cari PUNCA.Buat KAJIAN punca pergaduhan tu..duduk semeja,BERBINCANG dengan cara yang baik..SETTLE elok2 asap.Jangan panjangkan,tokok tambah dan perbesarkan masalah tu lagi.Kalau boleh kita nak ler bahagia dan kekal hinggar akhir hayat. Tapi,kalau asyik repeat the same mistake..ulang perangai yang sama..dah berbuih2 nasihat diberi tapi tak jalan gak macam mencurah air atas daun keladi..dah banyak kali beri peluang..namun tak sedar2..daripada terus sakit hati..makan hati..muka pun dan macam tapai basi..Che Daisy bukan nak menghasut,pertama kalinya..think about yourself..buat keputusan yang bijak dan sepatutnya.Ini demi masa depan masing2.Tak mau future,bila dah kahwin 1 bulan atau tak sampai 5 tahun..dah timbol plak kes cerai berai.Tak de anak time tu..ok lagi lah..tapi kalau anak dah berderet..tak ker kesian dengan anak2.

Apa yang Che Daisy tulis tu..bukan nak kata Che Daisy ni baik benor..atau sempurna sangat.Manusia masing2 ada kelemahannye dan kelebihan.Che Daisy & hubby pun tak terlepas daripada masalah2 yang boleh mempengaruhi hati dan emosi. Alhamdulillah..dengan berkat kesabaran dan tolak ansur,kami berjaya kekalkan perhubungan yang terjalin selama 7 tahun ini ke jinjang pelamin dan sentiasa mengamalkan sikap SALING MEMAAFI.Ingat time raya je ker ada sesi bermaafan sampai bengkak2 mata nangis..hari2 biasa pun boleh laa..:D

"CINTAI seseorang itu dengan seadanya,jangan melebihi dari sepatutnya kerna 1 hari nanti,dia akan menjadi orang yang paling kita BENCI. Namun BENCI lah seseorang berpada2 kerana 1 hari nanti,dia akan jadi orang yang SANGAT DICINTAI."

Tuesday, June 1, 2010

Kanan Jem..Kiri Jem..DepanJem..Belakang pun sama...uuhh..!!

Pagi tadi Che Daisy hantar hubby ke Station Bus Jln Duta..dia nak p balik Utara.
So..keluar sat dari office,menghala ke Kota Damansara..uhh..jem..tak boleh2.Try nak lalu Subang Airport..uit..lagi jem..tak bergerak langsung.So..patah balik cari jalan exit nak ke Shah Alam.Haaa..legaa,lepas tol Bukit Jelutong nak menghala ke Section 13,TTDI,Glenmarie..tak jem plak.Semua dah masuk kerja kot.Sebab experience lepas..masa Che daisy hantar adik nak ke Section 17..peehh..punya ler jem kat flyover depan NST tu.So..terpaksa ler kami ikut jalan jauh skit..lalu highway hala ke damansara.

Che Daisy pun terpikir..buat ler macam mana lebor pun jalan..atau open a new highway..traffik jem/kesesakan still ada.Pelik..yelah..dari jalan yang besor..3lane,tiba tang ujung jalan..2 atau 1 lane..heemm,alamat berkampung ler kita.
May be sebab jarak antara tempat keja dengan rumah Che Daisy berdekatan..and memang tak tempuh kesesakan/traffik jem..always relax and tenang bila tiba opis.So,once i face this type of situation..Che Daisy jadi serabut,rimas and pening kepala.Eemm..macam mana ler pengguna yang memang terpaksa lalu jalan yang jem ni hari2..fuuh..gilak aa.No wonder ler..my neighbour, Che Daisy perhatikan ada yang keluar pukul 6 pagi..5 pagi pun ada..huhu.Rupa2nya nak elakkan jem..agaknya sampai opis awal..sambung balik tidor.Ok ler tu janji..tak lewat..kalau tak kena denda plak.

Untuk keadaan macam ni..ada sesiapa tak yang boleh bagi tips pada kengkawan yang lain, how to tackle it..may be dari segi mental & emosi..?

Menabung untuk Simpanan Hari Tua


Banyak pulak idea kat kepala Che Daisy.Terbaca artikel cara menabung atau mengawal kewangan kita dengan berkesan.Lebih2 lagi di zaman ekonomi yang tak menentu ni.Hehehe..ada ler terkena batang hidung sendiri.

Mak Che Daisy selalu pesan.."Kak..simpan duit skit2..skit2 lama2 jadi bukit..nanti masa sesak adaler sumber yang boleh di'korek'.." eemm..ada benarnya kata Mak tu.Sebagai contoh..menabung ni bukan sahaja untuk hari sesak..tapi untuk keperluan kita untuk membeli apa yang dihajatkan..tak pun untuk kegunaan masa hadapan such as bayor roadtax/insurance kereta setiap tahun.Let say..macam kereta Che Daisy per year tak kurang RM800 Che Daisy kena bayar..so dengan menyimpan RM 100 atau 50 sebulan..darab dengan tempoh masa setahun lagi nak expired..tak ker cukup tu.Tak delah susah pening kpala mana nak cari duit.

Che Daisy ambil Mak & Ayah sebagai contoh terbaik.Mak operator kilang & Ayah pula posmen kanan. Mereka bertungkus lumus cari rezki,untuk besarkan kamu 5 beradik dengan harapan kami dapat pendidikan yang secukupya.Walau kecik mana gaji mereka,tabungan tetap ada.Sampaikan kena sound dengan Mak Ngah.."Belilah kereta..anak2 dah besor..duit simpan banyak2 nak buat apa..?" Sekali Mak buka simpanan ASB dia..peehh..ada ler dalam RM20k gamaknya.Terkejut Che Daisy..mengalir air mata Mak masa nak keluarkan duit tu..semata-mata nk beli kereta pertama kami.Kata Mak..tu semua duit simpanan untuk kami belajar.Dengan duit simpanan tu jugak lah..Mak & Ayah biayai pelajaran kami tanpa meminjam dengan mana2 sedara pun..walau mereka susah dulu..tapi sekarang mereka puas hati.Sebab tu Mak selalu bising bila dia dapat tahu Che Daisy tak mula menyimpan.Risau benor dia.

Banyak cara kita boleh menabung walau kita berpendapatan kecil.Cara yang berkesan adalah dengan berjimat cermat..Che Daisy pernah ler apply this method dan sampai sekarang masih amalkannya..

Beli apa yang perlu.Che Daisy tahu kalo ikut nafsu kita ni..banyak barang yang kita nak.Cuba beli barang2 yang betol2 kita perlu.Aim barang yang kita kehendaki..start buat simpanan..cukup duit that time tak de siapa yang marah & kita akan rasa puas hati.

Buat Budget bulanan/harian.Memang..kalau ikutkan,macam kes catuan.Tapi for our own good.Catatkan perbelanjaan kita.Kalau ada 'short'..ingat balik apa yang kita beli.

Makan dirumah.Cuba Masak dirumah..makan dirumah.Nak p dating..siap makan dulu.Tak ler lapor sangat.Tapi bergantung lah pada individu..kekadang kita penat sangat..hujung minggu baru ada masa nak masak.Terpulang..nak bawa bekal macam p picnic pun tak pe..apa ada kisah...orang pandang..bior jelah.Yang lapor kita..yang susah kita..bukan mereka boleh tolong pun.huhuhu

Rancang perbelanjaan.Kita boleh buat planning.Not only family planning saja..expenses planning pun kena ada. Macam nak kawin lah..setiap bulan kita rancang nak beli barang hantaran apa.Masa Che Daisy plak dulu..planning beli barang2 masa ada sales..harga barang2 memang murah.So cariler mana2 adv,tak pun member calling2 bagi info kat mana ada sales baik punya.Potongan sampai 70% huhuhu..gilak aa.

Pendapatan sampingan.Che Daisy dulu ada buat assigment untuk para pelajar..until now pun ada gak.Saja cari duit lebih skit.Kalau satu assignment RM200 Che Daisy charge..kalau sebulan 2 assignment dapat..dapat ler simpan skit..top-up masa tengah sesak2.

Always think postive.Jangan terlalu pikir yang bukan2.Tu tak cukup lah..ini kena beli..kalau tak rumah tak cantik laa..hutang kad kredit melambak2 lah..pinjaman tak settle2 lagi..bank called..macam2 lagilah.Just close your eyes..fokus..imagine that probelem kita dapat settle satu persatu..dengan duit tabung yang kita ada,we try our best to settle it out."Aku boleh buat..aku boleh simpan RM50 setiap hari"..alah pejamkan mata je..ambil form deposit duit..nah..dump d money into our account bank.

Actually,apa pun yang kita buat dalam meningkatkan taraf hidup kita..kalau boleh cuba sedaya yang mungkin..buang amalan membazir.Hadith nabi juga ada menyebut "Membazir itu amalan Syaitan". Eeeii..nauzubillah..tak mau Che Daisy jadi member syaitan..jauhkaaan ler. Selagi boleh kita menabung untuk simpanan tua..buat lah.Jangan jarapkan duit KWSP je..anggap ler duit tu hasil penat lelah kita selama mana kita bekerja..tu lah hasilnya.Tapi hari2 guna pun..tak de backup..habis jugak.
Bak kata pepatah "Gunung hari2 ditarah,lambat laun jadi rata juga".

Monday, May 31, 2010

Be a Good Driver..tak rugi pun..


Macam biasa..time nak tidor ni ler baru datang idea.Che Daisy baru teringat..pasal our Malaysian driver ni..macam2 ragam ada.Bukan ler Che Daisy kata teruk sangat..but kalau nak di compare kan dengan Indonesia..jangaan lee.Kita ni jauh lagi educated..but nape masih ada segelintir para drivers ni yang bebal sangat..tak mematuhi undang2 jalanraya & bawa kereta agaknya syok sendiri kot..tanpa ada rasa timbang rasa dengan driver yang lain. Maaf ler kalau Che Daisy terkasar bahsa..geram benor.

Masih ada yang mengamalkan sikap yang tak baik walau diTV dah banyak kali ulang tayang berkenaan pemanduan berhemah..tu yang Che Daisy tak paham.Naper ler bebal benor diaorang. Kekadang tu Che Daisy marah gak terserempak dengan drivers yang selfish..tak bertimbang rasa ikut sedap hati jer potong tanpa nyalakan lampu signal..bawa laju macam lipas kudung,maki orang sesuka hati..bunyikan hon sesuka hati,bingit ler telinga ni..lagi bengang kena pagi2..peehh..menyirapkan darah ku ini..hehehe

Pada Che Daisy kita boleh atasi masalah ini dengan mengaplikasikan 3R..cheewah..boleh tahan jugak BM Che Daisy yek...ni bukan Remaja 3R yeek..ni 3R (Respect,Relax & Respon) juga boleh diguna pakai:

Respect - Hormat sesama kita. Jangan pikir diri kita sahaja..pikir drivers tak kira lah kereta ka,motorsikal ka,lori,bus ka..yang penting kita sama2 guna jalan raya ni..kenalah saling hormat menghormati..bertolak ansur..bertimbang rasa.Walaupun jalan sesak macam mana sekali pun..jika ada sikap ini..sesak tak bergerak lancar.

Relax - Kita as good driver ni..cheeewah kenalah relax..cool beb.Jangan gelabah semacam.Ada gajah ka harimau lalu depan mata..act relax & cool jee.Driving kena fokus..tenang fikirannya..just fikir kita nak selamat sampai ke destinasi.Yang penting keselamatann penumpang/keluarga.

Respon - Respon pada sekeliling yang ada dijalan raya.Jangan dok berangan pula masa tengah drive.Bila kita fokus..kita akan sentiasa alert..jika ada berlaku kemalangan dihadapan..perlahankan kreta.Bukan suruh tengok..tu lagi menyesakkan keadaan adalah.Slowly but moving..not stopping yaa.Jangan terlalu dekat dengan kereta dihadapan..mana tahu brek mengejut..kita terus respon brek emergency.Baru ler selamat semuanya.

Che Daisy bukan apa..tak kira lah laki2 ka..pompuan ka..sama je.Payah benor nak buang tabiat buruk tu. Sama2 lah kita pikior..mana baik jadikan contoh, mana yang tak elok tu..buang tong sampah jelaah. Pesanan Che Daisy..

'Pandu Cermat,Jiwa Selamat,Amalan Masih Sempat,Akhirat Berkat'

Sunday, May 30, 2010

Boleh ker Pasangan Jarak Jauh Bertahan..??


Eemm..sebenarnya,Che Daisy ni mengantok..tapi mata tak boleh lelap.Almaklumlah..selalu ada 'bantal buchuk'..malam ni kena p outstation plak..tak pelah.Cari rezki untuk Che Daisy jugak..makan minum pakai lagi..banyak belanja. Nasib baiklah Che Daisy memang bekerja..bolehlah tambah2,tolong2 skit..ringankan beban yang ada.
Tadi Che Daisy terbaca satu artikel berkenaan tips untuk pasangan jarak jauh ni.Oleh kerana Che Daisy dah selalu berjauhan dengan my 'bantal buchuk'..tak salah rasanya kalau kita berkongsi tips ni.Rasa2 boleh pakai amal..cubalah.

Percaya & Jujur.Merupakan tunggak utama atau batu asas sebuah perhubungan.Tanpa ada rasa ini alamat dalam bahayalah perhubungan itu.Nobody want to be alone..yang penting buang semua negative thought to our partner.Ini akan menjadikan keadaan lebih rumit.Bak kata pepatah..Jauh dimata,Dekat dihati..:D

Kesetiaan.Ni bukan kesetiaan pada raja & negara..ini kesetiaan pada partner masing2.Kesetiaan ini jugalah akan sentiasa diuji.Jangan jadikan alasan pasangan kurang beri perhatian untuk kita cari yang lain.Mana tahu..memamng betol2 your partner is very d busy..haaa..menjawap ler kita bila dapat tahu kebenarannya.

Emosi.Bila dah jauh..jangan ler terlalu emosi.Sedih atau sensitif tak tentu pasal.Bukan sahaja partner kita risau..malah takut nanti dia pun naik rimas.Selalulah berprasangka baik dan positif ini akan mengeratkan lagi perhubungan anda bersama2 partner.

Elak Cemburu Buta.Haa..bukan sahaja cinta itu buta..cemburu pun buta dan tuli.Bila dah cemburu tak tentu pasal..semua alasan pun tak mau didengar.Tu yang Che Daisy maksudkan tuli.Kalau boleh..sebelum kawin ka atau declare couple, buat satu MOU..hehehe..buat satu garis panduan tahap mana cemburu boleh ada.

Tolak Isu Remeh Remeh.Udahler kita ni jauh..lagi nak gaduh2.Merajuk pasal isu remeh temeh ni buang masa dan tenaga.Contohnya kita naik angin bila partner tak jawab telefon atau message yang kita hantar.Kita boleh fikir positif may be dia sibuk uruskan something or may be dia dalam toilet..faham2 jelah kalau dalam tu buat apa..hehehe

Ucapan Cinta.Always said 'I Love you so much' atau 'I miss a lot' atau 'Sayang awak' atau 'Aku cinta pada mu' hehehe.Setiap kali lepas cakap kat telefon..must always say that words.Ini adalah salah satu cara untuk mnngeratkan lagi hubungan kita.

Aplikasi Teknologi Terkini.Sekarang ni dah banyak teknologi2 yang canggih yang boleh menghubungkan jarak jauh ini. Sebagai contoh..email,chatting melalui facebook,YM,3G calling.So tak de alasan untuk kita kata "macam mana contact..jauh ler".

Bagi Che Daisy..most important you know your partner macam mana.Tapi..kalau sebelah pihak sahaja yang berbuat demikian..tak adil dan takkan menjadi.Ini memerlukan kerjasama antara 2 belah pihak.Saling memahami dan mengasehi..insyaallah hubungan akan kekal bahagia hingaa akhir hayat.

Saturday, May 29, 2010

Lahir mu kedunia..Membawa cahaya..



Baru tadi Che Daisy melawat teman sekerja yang selamat melahirkan baby boy.Comeiinyee..geram.tidor jee..:D Berat lahir 3.4kg tak silap.huhu..berat gak.
Che Daisy teringat plak pada anak sedara kat Sabah.Jauh nun sana..baby girl.Huh..yang itu tu lagilah..montel.Che Daisy tengok dia..lagi geram.Sama bulan dengan anak teman Che Daisy ni cuma dia awal bulan.

Hajat Mak nak cucu perempuan akhirnya termakbul. Lahirnya mereka kedunia..amat bermakna bagi family Che Daisy.Ini menunjukkan satu lagi fasa kehidupan yang kami lalui.iaitu..adik Che Daisy dah jadi ayah..mak&ayah pula jadi nenek&atok dan Che Daisy&adik2 lain jadi pakcik&makcik.Tak sangkakan..cepat betol masa berlalu.Kata ustaz..makin cepat masa berlalu..makin dekatlah hari kiamat hampir.Takutnya Che Daisy..eeiiii..ya allah ampunkan dosa2 hamba mu ini.

Haa..berbalik cerita si comel ni..kalau dulu mak&ayah tak kisah p mana2 lama skit..tapi sekarang,tak sampai seminggu stay kat umah Che Daisy..muka masing2 dah buat muka sedih nak balik.Alasan umah tak de sapa jaga..padahal rindu kat cucu ler tu.Siap call adik Che Daisy.."Haa abang..mak nak balik ni..nanti bawa sikecik sekali tau..".Dah agak dah..huhu..mak2.

Anak ni anugerah Tuhan pada kita.Setiap anak yang lahir..dia memberi kita rezki yang berlainan.Kita diberi amanah untuk menjaganya dengan baik dan sempurna.Anak ibarat kain puteh..kalau kita corakkan dia hitam..hitam ler dia..kalau batek..batek ler dia.Haaii..pucuk pangkal ibu bapa kena ada kesedaran untuk didik anak2 mereka jadi insan yang positif dan berguna untuk agama,bangsa dan negara.

Buat anak sedara Che Daisy..Noratifah Saiza & Noraqeela Sakinah..Luv both of you..!! Dah besar nanti jadi anak yang solehah dan bijak yaa..insyaallah..amiin.

Macam mana boleh lupa nii...

Haaii..patut pun pagi ni Cik Daisy rasa bila lori semua keluar macam ada kurangnya.
Rupa2nye lori yang patut bawa barang dari warehouse and hantar p site (dismantle & exchange job)tak bawa barang tu. Aiseyy..macam mana lah Cik Daisy boleh lupa..tu lah banyak sangat makan kpala ikan bilis..dah jadi pelupa.

Apalagi Cik Daisy cepat2 call driver patah balik amik barang..uhh..buang masa betol.
Dah ler hari ni 1/2 day kerja.Tentang hal ni,Cik Daisy admit my mistake and solve it secepat yang mungkin.For sure..Cik Daisy kena marahler dengan boss.Dah memang salah Cik Daisy..dengar jelah..hehehe..panas jugak telinga ni.Last2 cakap dengan boss "Boss,barang already collected and otw to site.And also i sudah inform technician lori sampai lambat." Eemm..senyap terus dia.hehehehe..
Dah memang cara Cik Daisy,tak suka point2 salah siapa.Kalau salah sendiri admit,minta maaf and try to settle or tackle d problem asap.After job done,baru cari punca and discuss how to evercome it so that tak jadi lagi in the future.

So..sekarang ni barang dah sampai site..alhamdulillah,settle semua.

Friday, May 28, 2010

Tak paham..Lelaki oh Lelaki..!!!


Naperlah tetiba nak marah2..pagi2 lagi dah naik angin.Adaler yang tak kena tu.
Tak pasal2 orang lain plak yang kena tempiasnya.ishh..
Pada Cik Daisy..senang je.Kalau tak puas hati,marah ka..cakap direct apa salahnya.
Boleh gak diperbetolkan.Tak ler pening kpala memikiorkannyee.Kekadang apa yang dibuat tu secara tak sengaja.Payah ler nk berteka teki.Sakit kpala Cik Daisy nak pikior ni..

Lelaki ni satu je..time dia marah,jangan ler diusik.Jangan time tu nk ngada2..minta maaf ler..apa ka.Konon kita menyesallah..kang ada jugak kena 'maki' buta2.Kena marah lagi adalah..tak settle jugak.Lagi kita sakit hati adalah..tapi tak pe.Itulah lumrah seorang lelaki.Ada yang boleh kawal hot temper..ada yang baran tak tentu pasal..ada yang tak marah langsung pun ada.Bagi Cik Daisy..kaum hawa kena bijak mengawal keadaan.Jangan disimbahkan lagi api yang sedang marak dengan minyak petrol.Alamat terbakar ler rumah kita. Cara berkesan yang biasa Cik Daisy guna :-

DIAM.Shut your mouth until he tired to talk.Kalau mana yang pakai tudung tu..satu advantage ler sebab 'sound filter' dah ada.

Standby kapas.Sentiasa standby kapas dalam handbag anda..berlaku je insiden dia marah2..cepat2 terus sumbat kapas dalam telinga masing2..pastu senyuum jee.Tengok apa yang akan jadi lepas tuu..hehehee

Buat2 tak dengar.Jangan layan sangat apa yang mereka marah.Makin dilayan..makin menjadi nanti.Layan dia dengan baik macam biasa.Buat macam tak de apa2 berlaku.

Tutup TV..radia atau bunyi2an yang boleh bersaing dengan kemarahannya.Create environment yang senyap sunyi.Dia boleh tumpukan perhatian untuk lepaskan marahnya..jangan tinggal sedikit pun saki baki kemarahannya.Kalau ada..'kutip' buang kat tong sampah..hehehe.

Apa pun..sebagai pasangan.Kita mesti tahu setiap kelemahan dan kelebihan pasangan kita.Once we already choose him..we have to accept him the way he is.Jangan sesekali menyesal atau menrungut dengan pilihan itu.Jika ada sesuatu tidak diingini berlaku..jangan salahkan takdir semata2..tapi lihat diri kita sendiri dimana silapnya.Tak guna menuding jari siapa yang salah..most important masalah dapat diselesaikan dengan cara baik.

Buat my hubby..Luv you soo much..!!

Thursday, May 27, 2010

Kudiksss..

Hahahaha..hari kudiks Cik Daisy hari ni.Tersilap masuk kereta.Nasib baik lah
mamat tu tak perasaan.Maluuunyee..dah 2 kali Cik Daisy tersilap ni.
Mula2 kat kedai mamak..ketuk2 punya ketuk alarm kereta,tak bunyi2.Sekali tengok belakang..plat no lain jee.Sekali bukan kereta Cik Daisy daaa..tak tahu ler ada orang perasan tak.Kalau ada pun..buat daak je lah.Hahahha..KUDIKSSS..!!

New or Second-hand Car..uuhh..pening..!!!



Adik Cik Daisy plan nak beli kereta.Kancil dia asyik buat hal je.terok bebenor Cik Daisy tengok.Memang patut pun dia tukar..dari habis beratusan kumpul2 semua duit tu..boleh buat deposit buy a new car.

Just now Mum called..criter pasal this gud news laa kan.Tapi yang jadi serabutnya kat sini..Cik Daisy risau kalau dia tak dapat maintain bayor monthly.tahu2lah..ada kereta ni memang kena always standby duit if anything happen. Dan Cik Daisy pula nasihatkan..kalau boleh ambil kereta 2nd-hand dulu..murah skit nak bayor monthly..alaa kereta buatan malaysia,apa kurangnyakan..melambak yang dh jatuh harga.Cari yang elok skit..boleh pakai dalam 3-5 tahun lagi..ok pe.
Kereta Cik Daisy tu pun..masa Cik Daisy beli,tak de deposit..monthly bayor below RM500 je.Im soo lucky.Thanks to my brother..hehehe. And syukur that car still in a very good condition.

Ni dia nak ambil kereta baru..eemm..bagus memang bagus.Tapi kalau jenis adik
Cik Daisy sorang ni..yang jenis kasor..risau tak terjaga plak kereta tu nanti.
Hehehe yang bestnya..dia pilih kereta macam Cik Daisy punya..tiruu ler tuu.

Apa pun..Cik Daisy kena bagi dia semangat.Im proud of her..sebab berani mengorak langkah setapak maju kehadapan.She willing to upgrade herself..she know the risk yang akan dihadapi..tapi pada dia Tak Try Tak Tahu tahap mana kemampuan dia boleh p. At least,she already convince kan my mum yang dia mampu dan boleh bayor monthly.

So..Cik Daisy doakan yang terbaik untuk dia..
U Gogo gurl..!! Power Puff2 Gurl..hehehe

Sunday, May 23, 2010

Thanks Mom...You d best Dad in d world..Selamat Hari Guru, Cikgu...!!!




Ibu..Ayah..Cikgu..3 insan yang penting dalam hidup kita. Cik Daisy rasa kalau mereka tak de..tak wujudlah kita sebagai manusia yang berguna.

Ibu..mengajar kita erti pengorbanan yang tak boleh dibayar ganti rugi.Setinggi mana kita berdiri..sebesar mana kita berjasa..takkan sama dengan Ibu yang melahirkan kita kedunia ini.Tercop didahi anak derhaka jika kita menyakiti hati Ibu dengan menjatuhkan setitik air matanya.heee..jauhkan lah Cik Daisy & adik2 daripada perkara2sebegitu.Mak Cik Daisy ni manja skit.Muka kami banyak persamaan.Kalau orang tengok macam kakak & adik.Bak kata orang tua2..kalau muka sama,panas..tak boleh duduk sama2 dalam masa yang panjang.Ada betulnya jugak..kami memang selalu bertekak.Tapi bila umur dah meningkat ni..Cik Daisy nampak, kami banyak persamaan & boleh berbincang seperti kawan.Member Cik Daisy kata.."kalau nak tengok muka hang bila tua esok..tengok muka mak hang..tulah muka tua hang".Maknanya Cik Daisy esok tua nampak muda laaa..awet muda.hehehehe..

Ayah..memberi kita semangat, kekuatan dan keberanian untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang.Sebagai seorang ketua keluarga, dia akan sedaya upaya berusaha memastikan agar segala keperluan keluarga mencukupi. Ingat lagi..ayah Cik Daisy hanya menaiki sebuah skuter lama berulang alik daripada rumah ke tempat kerja yang terletak dibandar sejauh 50km.Uuuh..kena lalu ladang kelapa sawit pulak tu..balik lewat malam..kadang2 sampai rumah pukul 2pagi. Kesian Cik Daisy tengok ayah. Tapi sekarang berkat usahanya..mencari rezki halal untuk membesarkan anak2..kami adik beradik jadi 'orang'.

Cikgu..my favourite teacher was Cikgu Shamsinar and Maimunah.Dua2 mengajar subjek Bahasa Inggeris.Cikgu Shamsinar memang garang..tapi apa yang dia ajar semua masuk kepala. Cikgu Maimunah..guru kelas.Ntah macam mana Cik Daisy boleh ngam dengan dia.She caring..garang skit.huhuhu..biasalah,masa Cik Daisy kena rotan dengan cikgu lain..dia pulak yang menangis sakan.Sedih katanya tengok Cik Daisy kena rotan.Biasalah..budak nakal,kena hukum..rotan plak tu..perempuan plak tu..lagi dia sedih.Sorry cikgu..tak sengaja.

Banyaklah kenangan lama yang Cik Daisy simpan.
Yang baik jadikan teladan..yang tak elok tu..buang dalam tong sampah terus.
Tak mahu ingat.Focus to be a good & better person, dengan itu dapatlah Cik Daisy membalas semua jasa2 Mak, Ayah & Cikgu yang membesar dan mendidik walaupun Cik Daisy tahu tak terbalas dan ternilai apa yang mereka lakukan.

Masih tak terlewat untuk Cik Daisy ucapkan :
Thank's Mom..Dad,You d Best...Selamat Hari Guru,Cikgu..!! Luv u all..

Petua Cik Daisy : Kawal Berat Badan Cara Tradisional


Wanita memang terlalu mengambil berat pasal berat badan.Kekadang tu..dah pelbagai pil dan ubat dibeli..beratusan habis semata-mata mahu kelihatan kurus,cantik dan menawan. Actually pada Cik Daisy lah kan..we no need to spend too much on that.Kita ada cara yang lebih mudah dan lebih ekonomi untuk kelihatan kurus atau slim dan most important sihat bergaya.So..Cik Daisy nak berkongsi sedikitlah tips untuk kelihatan kurus slim cantik tertarik dan menarik macam Cik Daisy ni..hahaha..jangan jeles..:-

1) Minum Air Limau Nipis
Air limau nipis ini membantu mengurangkan berat badan.Caranya, sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi. Perah jusnya kedalam gelas dan simpan dalam peti sejuk. Minum setiap kali lepas makan tengahari dan makan malam. Amalkan setiap hari.

2) Minum Teh Cina
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam didalam air. Tapis dan campur dengan air perahan jus limau nipis. Amalkan minum 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3) Air Asam Jawa
Minuman ini membantu mengurangkan kadar lemak dalam badan. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas dan simpan dalam petis ais. Minum selepas makan tengahari atau makan malam setiap hari.

4) Serbuk Kayu Manis
Selain asam jawa dan limau nipis, serbuk kayu manis turut membantu. Campurkan sedikit kedalam minuman teh hijau atau cina tadi. Minum setiap hari lepas makan tengah hari dan malam.

5) Buah Pinang
Ambil beberapa biji pinang dan potong nipis. Jemur hingga kering dan tumbuk halus. Rendam setengah sudu serbuk pinang tadi dengan air panas dan minum air tersebut dua kali sehari pagi dan malam sebelum tidur.

6) Buah Delima Muda
Kikis kulit buah delima dan kisar bersama secubit garam dan setengah gelas air. Tapis air tersebut dan sejukkan didalam peti sejuk. Minum air itu selepas makan tengahari seminggu sekali.

Sebenarnya, banyak lagi petua tradisional yang orang tua-tua kita amalkan. Malah ianya berkesan..tengok sahaja lah nenek dan mak kita, walau usia dah mencecah 100 tahun pun, masih kelihatan cantik, slim dan kurus menawan. Tapi apa pun..Cik Daisy ingatkan juga..pengambilan makanan seimbang juga penting dan senaman ringan perlu diamalkan. Jangan asyik kurangkan makan..tapi last2 masuk hospital terkurang zat..Selamat Mencuba..!!


Bookmark and Share

Saturday, May 22, 2010

Anehnya hati wanita...

Percaya tak hati wanita penuh rahsia? Hati sesiapa pun sebenarnya menyimpan rahsia tersendiri. Hatta kaum adam sekali pun banyak yang pandai berahsia (mengaku sahajalah).

Wanita - dalam hatinya penuh rahsia, namun 'spesis' ini mudah sahaja didekati, mudah berkongsi cerita (bergosip), mahu meluah perasaan (dengan emosi) dan hatinya terbuka bila berbicara (ikhlas). Ok. Bab2 berkongsi 'madu' sahaja yang perempuan tak mudah - mengaku. Full-stop.

Ok. Yang anehnya walaupun pemegang hati-hati ini rajin berkongsi cerita, kaum adam masih lagi mahu merungut.

Kata-kata mereka yang paling 'famous': "Hati perempuan ni paling susah nak difaham..."

Ironi bukan? :)