.

Monday, May 31, 2010

Be a Good Driver..tak rugi pun..


Macam biasa..time nak tidor ni ler baru datang idea.Che Daisy baru teringat..pasal our Malaysian driver ni..macam2 ragam ada.Bukan ler Che Daisy kata teruk sangat..but kalau nak di compare kan dengan Indonesia..jangaan lee.Kita ni jauh lagi educated..but nape masih ada segelintir para drivers ni yang bebal sangat..tak mematuhi undang2 jalanraya & bawa kereta agaknya syok sendiri kot..tanpa ada rasa timbang rasa dengan driver yang lain. Maaf ler kalau Che Daisy terkasar bahsa..geram benor.

Masih ada yang mengamalkan sikap yang tak baik walau diTV dah banyak kali ulang tayang berkenaan pemanduan berhemah..tu yang Che Daisy tak paham.Naper ler bebal benor diaorang. Kekadang tu Che Daisy marah gak terserempak dengan drivers yang selfish..tak bertimbang rasa ikut sedap hati jer potong tanpa nyalakan lampu signal..bawa laju macam lipas kudung,maki orang sesuka hati..bunyikan hon sesuka hati,bingit ler telinga ni..lagi bengang kena pagi2..peehh..menyirapkan darah ku ini..hehehe

Pada Che Daisy kita boleh atasi masalah ini dengan mengaplikasikan 3R..cheewah..boleh tahan jugak BM Che Daisy yek...ni bukan Remaja 3R yeek..ni 3R (Respect,Relax & Respon) juga boleh diguna pakai:

Respect - Hormat sesama kita. Jangan pikir diri kita sahaja..pikir drivers tak kira lah kereta ka,motorsikal ka,lori,bus ka..yang penting kita sama2 guna jalan raya ni..kenalah saling hormat menghormati..bertolak ansur..bertimbang rasa.Walaupun jalan sesak macam mana sekali pun..jika ada sikap ini..sesak tak bergerak lancar.

Relax - Kita as good driver ni..cheeewah kenalah relax..cool beb.Jangan gelabah semacam.Ada gajah ka harimau lalu depan mata..act relax & cool jee.Driving kena fokus..tenang fikirannya..just fikir kita nak selamat sampai ke destinasi.Yang penting keselamatann penumpang/keluarga.

Respon - Respon pada sekeliling yang ada dijalan raya.Jangan dok berangan pula masa tengah drive.Bila kita fokus..kita akan sentiasa alert..jika ada berlaku kemalangan dihadapan..perlahankan kreta.Bukan suruh tengok..tu lagi menyesakkan keadaan adalah.Slowly but moving..not stopping yaa.Jangan terlalu dekat dengan kereta dihadapan..mana tahu brek mengejut..kita terus respon brek emergency.Baru ler selamat semuanya.

Che Daisy bukan apa..tak kira lah laki2 ka..pompuan ka..sama je.Payah benor nak buang tabiat buruk tu. Sama2 lah kita pikior..mana baik jadikan contoh, mana yang tak elok tu..buang tong sampah jelaah. Pesanan Che Daisy..

'Pandu Cermat,Jiwa Selamat,Amalan Masih Sempat,Akhirat Berkat'

Sunday, May 30, 2010

Boleh ker Pasangan Jarak Jauh Bertahan..??


Eemm..sebenarnya,Che Daisy ni mengantok..tapi mata tak boleh lelap.Almaklumlah..selalu ada 'bantal buchuk'..malam ni kena p outstation plak..tak pelah.Cari rezki untuk Che Daisy jugak..makan minum pakai lagi..banyak belanja. Nasib baiklah Che Daisy memang bekerja..bolehlah tambah2,tolong2 skit..ringankan beban yang ada.
Tadi Che Daisy terbaca satu artikel berkenaan tips untuk pasangan jarak jauh ni.Oleh kerana Che Daisy dah selalu berjauhan dengan my 'bantal buchuk'..tak salah rasanya kalau kita berkongsi tips ni.Rasa2 boleh pakai amal..cubalah.

Percaya & Jujur.Merupakan tunggak utama atau batu asas sebuah perhubungan.Tanpa ada rasa ini alamat dalam bahayalah perhubungan itu.Nobody want to be alone..yang penting buang semua negative thought to our partner.Ini akan menjadikan keadaan lebih rumit.Bak kata pepatah..Jauh dimata,Dekat dihati..:D

Kesetiaan.Ni bukan kesetiaan pada raja & negara..ini kesetiaan pada partner masing2.Kesetiaan ini jugalah akan sentiasa diuji.Jangan jadikan alasan pasangan kurang beri perhatian untuk kita cari yang lain.Mana tahu..memamng betol2 your partner is very d busy..haaa..menjawap ler kita bila dapat tahu kebenarannya.

Emosi.Bila dah jauh..jangan ler terlalu emosi.Sedih atau sensitif tak tentu pasal.Bukan sahaja partner kita risau..malah takut nanti dia pun naik rimas.Selalulah berprasangka baik dan positif ini akan mengeratkan lagi perhubungan anda bersama2 partner.

Elak Cemburu Buta.Haa..bukan sahaja cinta itu buta..cemburu pun buta dan tuli.Bila dah cemburu tak tentu pasal..semua alasan pun tak mau didengar.Tu yang Che Daisy maksudkan tuli.Kalau boleh..sebelum kawin ka atau declare couple, buat satu MOU..hehehe..buat satu garis panduan tahap mana cemburu boleh ada.

Tolak Isu Remeh Remeh.Udahler kita ni jauh..lagi nak gaduh2.Merajuk pasal isu remeh temeh ni buang masa dan tenaga.Contohnya kita naik angin bila partner tak jawab telefon atau message yang kita hantar.Kita boleh fikir positif may be dia sibuk uruskan something or may be dia dalam toilet..faham2 jelah kalau dalam tu buat apa..hehehe

Ucapan Cinta.Always said 'I Love you so much' atau 'I miss a lot' atau 'Sayang awak' atau 'Aku cinta pada mu' hehehe.Setiap kali lepas cakap kat telefon..must always say that words.Ini adalah salah satu cara untuk mnngeratkan lagi hubungan kita.

Aplikasi Teknologi Terkini.Sekarang ni dah banyak teknologi2 yang canggih yang boleh menghubungkan jarak jauh ini. Sebagai contoh..email,chatting melalui facebook,YM,3G calling.So tak de alasan untuk kita kata "macam mana contact..jauh ler".

Bagi Che Daisy..most important you know your partner macam mana.Tapi..kalau sebelah pihak sahaja yang berbuat demikian..tak adil dan takkan menjadi.Ini memerlukan kerjasama antara 2 belah pihak.Saling memahami dan mengasehi..insyaallah hubungan akan kekal bahagia hingaa akhir hayat.

Saturday, May 29, 2010

Lahir mu kedunia..Membawa cahaya..



Baru tadi Che Daisy melawat teman sekerja yang selamat melahirkan baby boy.Comeiinyee..geram.tidor jee..:D Berat lahir 3.4kg tak silap.huhu..berat gak.
Che Daisy teringat plak pada anak sedara kat Sabah.Jauh nun sana..baby girl.Huh..yang itu tu lagilah..montel.Che Daisy tengok dia..lagi geram.Sama bulan dengan anak teman Che Daisy ni cuma dia awal bulan.

Hajat Mak nak cucu perempuan akhirnya termakbul. Lahirnya mereka kedunia..amat bermakna bagi family Che Daisy.Ini menunjukkan satu lagi fasa kehidupan yang kami lalui.iaitu..adik Che Daisy dah jadi ayah..mak&ayah pula jadi nenek&atok dan Che Daisy&adik2 lain jadi pakcik&makcik.Tak sangkakan..cepat betol masa berlalu.Kata ustaz..makin cepat masa berlalu..makin dekatlah hari kiamat hampir.Takutnya Che Daisy..eeiiii..ya allah ampunkan dosa2 hamba mu ini.

Haa..berbalik cerita si comel ni..kalau dulu mak&ayah tak kisah p mana2 lama skit..tapi sekarang,tak sampai seminggu stay kat umah Che Daisy..muka masing2 dah buat muka sedih nak balik.Alasan umah tak de sapa jaga..padahal rindu kat cucu ler tu.Siap call adik Che Daisy.."Haa abang..mak nak balik ni..nanti bawa sikecik sekali tau..".Dah agak dah..huhu..mak2.

Anak ni anugerah Tuhan pada kita.Setiap anak yang lahir..dia memberi kita rezki yang berlainan.Kita diberi amanah untuk menjaganya dengan baik dan sempurna.Anak ibarat kain puteh..kalau kita corakkan dia hitam..hitam ler dia..kalau batek..batek ler dia.Haaii..pucuk pangkal ibu bapa kena ada kesedaran untuk didik anak2 mereka jadi insan yang positif dan berguna untuk agama,bangsa dan negara.

Buat anak sedara Che Daisy..Noratifah Saiza & Noraqeela Sakinah..Luv both of you..!! Dah besar nanti jadi anak yang solehah dan bijak yaa..insyaallah..amiin.

Macam mana boleh lupa nii...

Haaii..patut pun pagi ni Cik Daisy rasa bila lori semua keluar macam ada kurangnya.
Rupa2nye lori yang patut bawa barang dari warehouse and hantar p site (dismantle & exchange job)tak bawa barang tu. Aiseyy..macam mana lah Cik Daisy boleh lupa..tu lah banyak sangat makan kpala ikan bilis..dah jadi pelupa.

Apalagi Cik Daisy cepat2 call driver patah balik amik barang..uhh..buang masa betol.
Dah ler hari ni 1/2 day kerja.Tentang hal ni,Cik Daisy admit my mistake and solve it secepat yang mungkin.For sure..Cik Daisy kena marahler dengan boss.Dah memang salah Cik Daisy..dengar jelah..hehehe..panas jugak telinga ni.Last2 cakap dengan boss "Boss,barang already collected and otw to site.And also i sudah inform technician lori sampai lambat." Eemm..senyap terus dia.hehehehe..
Dah memang cara Cik Daisy,tak suka point2 salah siapa.Kalau salah sendiri admit,minta maaf and try to settle or tackle d problem asap.After job done,baru cari punca and discuss how to evercome it so that tak jadi lagi in the future.

So..sekarang ni barang dah sampai site..alhamdulillah,settle semua.

Friday, May 28, 2010

Tak paham..Lelaki oh Lelaki..!!!


Naperlah tetiba nak marah2..pagi2 lagi dah naik angin.Adaler yang tak kena tu.
Tak pasal2 orang lain plak yang kena tempiasnya.ishh..
Pada Cik Daisy..senang je.Kalau tak puas hati,marah ka..cakap direct apa salahnya.
Boleh gak diperbetolkan.Tak ler pening kpala memikiorkannyee.Kekadang apa yang dibuat tu secara tak sengaja.Payah ler nk berteka teki.Sakit kpala Cik Daisy nak pikior ni..

Lelaki ni satu je..time dia marah,jangan ler diusik.Jangan time tu nk ngada2..minta maaf ler..apa ka.Konon kita menyesallah..kang ada jugak kena 'maki' buta2.Kena marah lagi adalah..tak settle jugak.Lagi kita sakit hati adalah..tapi tak pe.Itulah lumrah seorang lelaki.Ada yang boleh kawal hot temper..ada yang baran tak tentu pasal..ada yang tak marah langsung pun ada.Bagi Cik Daisy..kaum hawa kena bijak mengawal keadaan.Jangan disimbahkan lagi api yang sedang marak dengan minyak petrol.Alamat terbakar ler rumah kita. Cara berkesan yang biasa Cik Daisy guna :-

DIAM.Shut your mouth until he tired to talk.Kalau mana yang pakai tudung tu..satu advantage ler sebab 'sound filter' dah ada.

Standby kapas.Sentiasa standby kapas dalam handbag anda..berlaku je insiden dia marah2..cepat2 terus sumbat kapas dalam telinga masing2..pastu senyuum jee.Tengok apa yang akan jadi lepas tuu..hehehee

Buat2 tak dengar.Jangan layan sangat apa yang mereka marah.Makin dilayan..makin menjadi nanti.Layan dia dengan baik macam biasa.Buat macam tak de apa2 berlaku.

Tutup TV..radia atau bunyi2an yang boleh bersaing dengan kemarahannya.Create environment yang senyap sunyi.Dia boleh tumpukan perhatian untuk lepaskan marahnya..jangan tinggal sedikit pun saki baki kemarahannya.Kalau ada..'kutip' buang kat tong sampah..hehehe.

Apa pun..sebagai pasangan.Kita mesti tahu setiap kelemahan dan kelebihan pasangan kita.Once we already choose him..we have to accept him the way he is.Jangan sesekali menyesal atau menrungut dengan pilihan itu.Jika ada sesuatu tidak diingini berlaku..jangan salahkan takdir semata2..tapi lihat diri kita sendiri dimana silapnya.Tak guna menuding jari siapa yang salah..most important masalah dapat diselesaikan dengan cara baik.

Buat my hubby..Luv you soo much..!!

Thursday, May 27, 2010

Kudiksss..

Hahahaha..hari kudiks Cik Daisy hari ni.Tersilap masuk kereta.Nasib baik lah
mamat tu tak perasaan.Maluuunyee..dah 2 kali Cik Daisy tersilap ni.
Mula2 kat kedai mamak..ketuk2 punya ketuk alarm kereta,tak bunyi2.Sekali tengok belakang..plat no lain jee.Sekali bukan kereta Cik Daisy daaa..tak tahu ler ada orang perasan tak.Kalau ada pun..buat daak je lah.Hahahha..KUDIKSSS..!!

New or Second-hand Car..uuhh..pening..!!!



Adik Cik Daisy plan nak beli kereta.Kancil dia asyik buat hal je.terok bebenor Cik Daisy tengok.Memang patut pun dia tukar..dari habis beratusan kumpul2 semua duit tu..boleh buat deposit buy a new car.

Just now Mum called..criter pasal this gud news laa kan.Tapi yang jadi serabutnya kat sini..Cik Daisy risau kalau dia tak dapat maintain bayor monthly.tahu2lah..ada kereta ni memang kena always standby duit if anything happen. Dan Cik Daisy pula nasihatkan..kalau boleh ambil kereta 2nd-hand dulu..murah skit nak bayor monthly..alaa kereta buatan malaysia,apa kurangnyakan..melambak yang dh jatuh harga.Cari yang elok skit..boleh pakai dalam 3-5 tahun lagi..ok pe.
Kereta Cik Daisy tu pun..masa Cik Daisy beli,tak de deposit..monthly bayor below RM500 je.Im soo lucky.Thanks to my brother..hehehe. And syukur that car still in a very good condition.

Ni dia nak ambil kereta baru..eemm..bagus memang bagus.Tapi kalau jenis adik
Cik Daisy sorang ni..yang jenis kasor..risau tak terjaga plak kereta tu nanti.
Hehehe yang bestnya..dia pilih kereta macam Cik Daisy punya..tiruu ler tuu.

Apa pun..Cik Daisy kena bagi dia semangat.Im proud of her..sebab berani mengorak langkah setapak maju kehadapan.She willing to upgrade herself..she know the risk yang akan dihadapi..tapi pada dia Tak Try Tak Tahu tahap mana kemampuan dia boleh p. At least,she already convince kan my mum yang dia mampu dan boleh bayor monthly.

So..Cik Daisy doakan yang terbaik untuk dia..
U Gogo gurl..!! Power Puff2 Gurl..hehehe

Sunday, May 23, 2010

Thanks Mom...You d best Dad in d world..Selamat Hari Guru, Cikgu...!!!




Ibu..Ayah..Cikgu..3 insan yang penting dalam hidup kita. Cik Daisy rasa kalau mereka tak de..tak wujudlah kita sebagai manusia yang berguna.

Ibu..mengajar kita erti pengorbanan yang tak boleh dibayar ganti rugi.Setinggi mana kita berdiri..sebesar mana kita berjasa..takkan sama dengan Ibu yang melahirkan kita kedunia ini.Tercop didahi anak derhaka jika kita menyakiti hati Ibu dengan menjatuhkan setitik air matanya.heee..jauhkan lah Cik Daisy & adik2 daripada perkara2sebegitu.Mak Cik Daisy ni manja skit.Muka kami banyak persamaan.Kalau orang tengok macam kakak & adik.Bak kata orang tua2..kalau muka sama,panas..tak boleh duduk sama2 dalam masa yang panjang.Ada betulnya jugak..kami memang selalu bertekak.Tapi bila umur dah meningkat ni..Cik Daisy nampak, kami banyak persamaan & boleh berbincang seperti kawan.Member Cik Daisy kata.."kalau nak tengok muka hang bila tua esok..tengok muka mak hang..tulah muka tua hang".Maknanya Cik Daisy esok tua nampak muda laaa..awet muda.hehehehe..

Ayah..memberi kita semangat, kekuatan dan keberanian untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang.Sebagai seorang ketua keluarga, dia akan sedaya upaya berusaha memastikan agar segala keperluan keluarga mencukupi. Ingat lagi..ayah Cik Daisy hanya menaiki sebuah skuter lama berulang alik daripada rumah ke tempat kerja yang terletak dibandar sejauh 50km.Uuuh..kena lalu ladang kelapa sawit pulak tu..balik lewat malam..kadang2 sampai rumah pukul 2pagi. Kesian Cik Daisy tengok ayah. Tapi sekarang berkat usahanya..mencari rezki halal untuk membesarkan anak2..kami adik beradik jadi 'orang'.

Cikgu..my favourite teacher was Cikgu Shamsinar and Maimunah.Dua2 mengajar subjek Bahasa Inggeris.Cikgu Shamsinar memang garang..tapi apa yang dia ajar semua masuk kepala. Cikgu Maimunah..guru kelas.Ntah macam mana Cik Daisy boleh ngam dengan dia.She caring..garang skit.huhuhu..biasalah,masa Cik Daisy kena rotan dengan cikgu lain..dia pulak yang menangis sakan.Sedih katanya tengok Cik Daisy kena rotan.Biasalah..budak nakal,kena hukum..rotan plak tu..perempuan plak tu..lagi dia sedih.Sorry cikgu..tak sengaja.

Banyaklah kenangan lama yang Cik Daisy simpan.
Yang baik jadikan teladan..yang tak elok tu..buang dalam tong sampah terus.
Tak mahu ingat.Focus to be a good & better person, dengan itu dapatlah Cik Daisy membalas semua jasa2 Mak, Ayah & Cikgu yang membesar dan mendidik walaupun Cik Daisy tahu tak terbalas dan ternilai apa yang mereka lakukan.

Masih tak terlewat untuk Cik Daisy ucapkan :
Thank's Mom..Dad,You d Best...Selamat Hari Guru,Cikgu..!! Luv u all..

Petua Cik Daisy : Kawal Berat Badan Cara Tradisional


Wanita memang terlalu mengambil berat pasal berat badan.Kekadang tu..dah pelbagai pil dan ubat dibeli..beratusan habis semata-mata mahu kelihatan kurus,cantik dan menawan. Actually pada Cik Daisy lah kan..we no need to spend too much on that.Kita ada cara yang lebih mudah dan lebih ekonomi untuk kelihatan kurus atau slim dan most important sihat bergaya.So..Cik Daisy nak berkongsi sedikitlah tips untuk kelihatan kurus slim cantik tertarik dan menarik macam Cik Daisy ni..hahaha..jangan jeles..:-

1) Minum Air Limau Nipis
Air limau nipis ini membantu mengurangkan berat badan.Caranya, sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi. Perah jusnya kedalam gelas dan simpan dalam peti sejuk. Minum setiap kali lepas makan tengahari dan makan malam. Amalkan setiap hari.

2) Minum Teh Cina
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam didalam air. Tapis dan campur dengan air perahan jus limau nipis. Amalkan minum 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3) Air Asam Jawa
Minuman ini membantu mengurangkan kadar lemak dalam badan. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas dan simpan dalam petis ais. Minum selepas makan tengahari atau makan malam setiap hari.

4) Serbuk Kayu Manis
Selain asam jawa dan limau nipis, serbuk kayu manis turut membantu. Campurkan sedikit kedalam minuman teh hijau atau cina tadi. Minum setiap hari lepas makan tengah hari dan malam.

5) Buah Pinang
Ambil beberapa biji pinang dan potong nipis. Jemur hingga kering dan tumbuk halus. Rendam setengah sudu serbuk pinang tadi dengan air panas dan minum air tersebut dua kali sehari pagi dan malam sebelum tidur.

6) Buah Delima Muda
Kikis kulit buah delima dan kisar bersama secubit garam dan setengah gelas air. Tapis air tersebut dan sejukkan didalam peti sejuk. Minum air itu selepas makan tengahari seminggu sekali.

Sebenarnya, banyak lagi petua tradisional yang orang tua-tua kita amalkan. Malah ianya berkesan..tengok sahaja lah nenek dan mak kita, walau usia dah mencecah 100 tahun pun, masih kelihatan cantik, slim dan kurus menawan. Tapi apa pun..Cik Daisy ingatkan juga..pengambilan makanan seimbang juga penting dan senaman ringan perlu diamalkan. Jangan asyik kurangkan makan..tapi last2 masuk hospital terkurang zat..Selamat Mencuba..!!


Bookmark and Share

Saturday, May 22, 2010

Anehnya hati wanita...

Percaya tak hati wanita penuh rahsia? Hati sesiapa pun sebenarnya menyimpan rahsia tersendiri. Hatta kaum adam sekali pun banyak yang pandai berahsia (mengaku sahajalah).

Wanita - dalam hatinya penuh rahsia, namun 'spesis' ini mudah sahaja didekati, mudah berkongsi cerita (bergosip), mahu meluah perasaan (dengan emosi) dan hatinya terbuka bila berbicara (ikhlas). Ok. Bab2 berkongsi 'madu' sahaja yang perempuan tak mudah - mengaku. Full-stop.

Ok. Yang anehnya walaupun pemegang hati-hati ini rajin berkongsi cerita, kaum adam masih lagi mahu merungut.

Kata-kata mereka yang paling 'famous': "Hati perempuan ni paling susah nak difaham..."

Ironi bukan? :)