.

Thursday, July 1, 2010

Beruntungnya kamu..

Eemm..Che Daisy teringat 1 of my ofismate ni. Bersungguh dia belikan laptop untuk anaknya yang baruu saja masuk universiti. Tengok riak mukanya...memang happy sangat lah. Che Daisy pun tumpang gembira. Bukan apa..bila tengok dia, teringat parent kat kampung. Sangat gembira dan bangga bila kami adik beradik dapat masuk U. Dengan sedaya upaya,berusaha untuk memenuhi apa saja yang diminta oleh kami. Termasuk membeli laptop. Sanggup keluarkan duit simpanan semata2 untuk memberi apa yang diminta kami. Bukan parent Che Daisy je rasanya yang sanggup buat macam tu..tapi semua parent yang gembira dan bangga sebab anak2 dapat masuk U.

Tapi..tulah budak2 sekarang. Sangat bertuah. Apa nak..pasti dapat,siap order lagi nak barang tu yang macam mana. Mesti cari yang macam ni..macam tu. Nak itu..tipon je..puuup dapat. Nak ini..tipon jee..splaaash datang. Nak sinun..vooom...kautim dapat. Huhuhu..senang sungguh. Contoh terdekatlah..ofismate Che Daisy ni lah yang bersungguh carikan anak dia laptop..padahal anak dia baru je habis minggu orientasi..kelas pun ada assignment yang perlu dibuat. Siap dah order nak laptop yang macam mana..senang katanya nak bawa sana sini. Eeemm..senang nak bawa ker..nak bergaya dik ooii..hehehe. Che Daisy pun ada adik ank pernah jadi student gak..so,memang tahu sangat ler rasam hidup student ni macam mana..:D Che Daisy bukan apa..kekadang mana yang tahu menghargai pengorbanan parent mereka..it ok lah,bagus. Mana yang just nak ambil kesempatan atas kesenangan parentnya..memang tak patutlah. Mentang2 mak atau bapaknya mampu..meminta apa saja tanpa memikirkan betapa susahnya nak carik duit semata nak belikan apa yang diminta si anak.

Cara didikan anak dulu dan sekarang pun dah jauh berbeza. Kalau dulu parent punyalah garang..pukul,rotan,cubit,bantai sebab nak bagi anak pandai masih relevan dan diterima ramai. Dan hasilnya..ramai yang jadi 'orang'. Tapi sekarang..pantang rotan atau cubit..mula si anak buat hal..merajuk..lari dari rumah..silap hari bulan ada yang siap tipon tele-dera lagi..kata ibu bapa dera mereka. Huhu..budak2 zaman sekarang..terlalu 'bijak' dan 'genius'.

Apa pun..pada ofismate Che Daisy ni..Che Daisy rasa terharu dan bangga dengan apa yang dia lakukan dengan harapan anaknya kelak akan jadi orang yang berguna,dihormati dan hidup senang. Insyaallah..amiin..!!

No comments:

Post a Comment