.

Monday, August 16, 2010

Salam Ramadhan

Waaahh..diam tak diam dah masuk hari ke 10 umat Islam berpuasa.Cepat betol masa berlalu.Eemm..masih tak terlewat rasanya untuk Che Daisy ucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada semua sahabat2.
Seperti mana yang kita tahu..puasa merupakan rukun islam yang ke 3,dimana semua umat islam tidak kira bangsa dan keturunan janji dia beragama islam wajib melakukannya.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183)[3]

Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah.Bulan keinsafan.Dimana kita digalakkan melakukan banyak ibadah.Dimana doa2kan kita insyaallah dimakbulkan olen Nya.Bulan yang mencabar tahap mana keimanan dan kesabaran kita.Teringat Che Daisy waktu sekolah asrama dulu..masa tu Form 1-3,bila tiba bulan puasa je,memang ada aktiviti qiamulail kat surau.Especially hari 10 terakhir..masing2 nak kejar malam 'lailatu qadar'.Masa tu Che Daisy main ikut je..kata kakak senior,sesapa jumpa malam tu,dan kita berdoa,semua doa kita akan termakbul.Kata mereka lagi,nak tahu malam tu lailatul qadar atau tak..mesti malam ganjil,langit bersih dan semua2 pokok seakan2 tunduk ke bumi seperti bersujud.Haa..Che Daisy nak malam tu bukan apa,sebab nak tengok pokok2 yang dikatakan tunduk kebumi tu je.Nak tengok keajaibanNya..macam magic gitu..:D Itulah kebesaran Yang Maha Esa.Che Daisy tahu..tak semua yang dapat malam mulia tu,certain selected people je.Hehehe..Seronok bila teringat masa tu..ketenangan yang tak dapat dibeli.

Bulan ini, bulan Syaitan iblis diikat..jadi hanya tinggal nafsu yang tinggal. Tiada alasan untuk kita tidak berpuasa..tiada syaitan atau iblis yang berbisik supaya tak berpuasa dan melakukan perkara2 yang dimurkai Allah. Hanya nafsu serakah kita yang tinggal..berkata2 pula. Jauhkan sifat membazir..almaklumlah..bila p bazar ramadhan tu..dah banyak pilihan,mata rambang,tekak pun macam nak makan semua yang ada.huh..apa nak beli ni?Akhir..tiba time buka,hanya sepotong kuih dan air yang ditelannya.Apa dah jadi dengan murtabak,popia basah,mee kari,bubur lambok,cendol,ayam golek,ayam percik..ish2..tong sampah ler jawapnyeee.Membazir jee..

Eemmm..bulan puasa bulan mulia..sama2lah kita mencari keberkatannya.

Selamat Berpuasa dan Berbuka untuk semua..:)

No comments:

Post a Comment