.

Saturday, August 21, 2010

Merdeka...Merdeka...Merdeka..!!

"Tanggal 31,bulan 8,57..hari yang bahgia..hari yang mulia kita sambut dengan jiwa yang merdeka.".Kira oklah tu Che Daisy nyanyi..hehehe.Walau tak sesedap mana..tapi janji jiwa patriotik tu ada..:D

Eeemm..bulan 8,bulan merdeka.Kebetulan bulan puasa plak.Dalam masa kita menjalani bulan mulia ini..kehangatan nak menyambut raya pula mengatasi kehangatan untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53.Che Daisy tak nampak plak bendera2 tergantung dirumah2 yang berdekatan dengan rumah Che Daisy.Lampu liplapliplap..kelip2 tu adalah..ramai yang pasang.Nak raya ler katakan.Terharu plak Che Daisy bila balik dari kerja last week,bila pandang kearah rumah..Che Daisy lihat ada bendera tergantung.Terdetik dalam hati.."Ehh..tu rumah aku..".Actually,Che Daisy pun macam yang lain..bz nak raya je..langsung lupa ujung bulan ni hari merdeka negara kita.Rupa2nya hubby Che Daisy yang gantung bendera tu.Katanya..tak nampak pun rumah lain pasang bendera..saja je dia nak amik feel merdeka..semangat cintakan negara lah katakan.Tapi oklah..at lis apa yang my hubby buat tu..sedarkan Che Daisy kita bukan hanya nak sambut raya..malah nak sambut hari merdeka jugak.

Tapi,bila kita asyik cakap pasal merdeka ni..u all tahu ker apa makna merdeka ni? Eeemm..cuba criter skit kat Che Daisy...kita share apa itu makna merdeka dari sudut hati masing2..boleh? Comment yaa..

p/s :-
Jika ada kelapangan,silalah lawat laman web rasmi Hari Kemerdekaan negara di www.malaysiamerdeka.gov.my

Selamat Menyambut Hari Merdeka..!!

Monday, August 16, 2010

Salam Ramadhan

Waaahh..diam tak diam dah masuk hari ke 10 umat Islam berpuasa.Cepat betol masa berlalu.Eemm..masih tak terlewat rasanya untuk Che Daisy ucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada semua sahabat2.
Seperti mana yang kita tahu..puasa merupakan rukun islam yang ke 3,dimana semua umat islam tidak kira bangsa dan keturunan janji dia beragama islam wajib melakukannya.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183)[3]

Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah.Bulan keinsafan.Dimana kita digalakkan melakukan banyak ibadah.Dimana doa2kan kita insyaallah dimakbulkan olen Nya.Bulan yang mencabar tahap mana keimanan dan kesabaran kita.Teringat Che Daisy waktu sekolah asrama dulu..masa tu Form 1-3,bila tiba bulan puasa je,memang ada aktiviti qiamulail kat surau.Especially hari 10 terakhir..masing2 nak kejar malam 'lailatu qadar'.Masa tu Che Daisy main ikut je..kata kakak senior,sesapa jumpa malam tu,dan kita berdoa,semua doa kita akan termakbul.Kata mereka lagi,nak tahu malam tu lailatul qadar atau tak..mesti malam ganjil,langit bersih dan semua2 pokok seakan2 tunduk ke bumi seperti bersujud.Haa..Che Daisy nak malam tu bukan apa,sebab nak tengok pokok2 yang dikatakan tunduk kebumi tu je.Nak tengok keajaibanNya..macam magic gitu..:D Itulah kebesaran Yang Maha Esa.Che Daisy tahu..tak semua yang dapat malam mulia tu,certain selected people je.Hehehe..Seronok bila teringat masa tu..ketenangan yang tak dapat dibeli.

Bulan ini, bulan Syaitan iblis diikat..jadi hanya tinggal nafsu yang tinggal. Tiada alasan untuk kita tidak berpuasa..tiada syaitan atau iblis yang berbisik supaya tak berpuasa dan melakukan perkara2 yang dimurkai Allah. Hanya nafsu serakah kita yang tinggal..berkata2 pula. Jauhkan sifat membazir..almaklumlah..bila p bazar ramadhan tu..dah banyak pilihan,mata rambang,tekak pun macam nak makan semua yang ada.huh..apa nak beli ni?Akhir..tiba time buka,hanya sepotong kuih dan air yang ditelannya.Apa dah jadi dengan murtabak,popia basah,mee kari,bubur lambok,cendol,ayam golek,ayam percik..ish2..tong sampah ler jawapnyeee.Membazir jee..

Eemmm..bulan puasa bulan mulia..sama2lah kita mencari keberkatannya.

Selamat Berpuasa dan Berbuka untuk semua..:)