.

Sunday, May 23, 2010

Petua Cik Daisy : Kawal Berat Badan Cara Tradisional


Wanita memang terlalu mengambil berat pasal berat badan.Kekadang tu..dah pelbagai pil dan ubat dibeli..beratusan habis semata-mata mahu kelihatan kurus,cantik dan menawan. Actually pada Cik Daisy lah kan..we no need to spend too much on that.Kita ada cara yang lebih mudah dan lebih ekonomi untuk kelihatan kurus atau slim dan most important sihat bergaya.So..Cik Daisy nak berkongsi sedikitlah tips untuk kelihatan kurus slim cantik tertarik dan menarik macam Cik Daisy ni..hahaha..jangan jeles..:-

1) Minum Air Limau Nipis
Air limau nipis ini membantu mengurangkan berat badan.Caranya, sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi. Perah jusnya kedalam gelas dan simpan dalam peti sejuk. Minum setiap kali lepas makan tengahari dan makan malam. Amalkan setiap hari.

2) Minum Teh Cina
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam didalam air. Tapis dan campur dengan air perahan jus limau nipis. Amalkan minum 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3) Air Asam Jawa
Minuman ini membantu mengurangkan kadar lemak dalam badan. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas dan simpan dalam petis ais. Minum selepas makan tengahari atau makan malam setiap hari.

4) Serbuk Kayu Manis
Selain asam jawa dan limau nipis, serbuk kayu manis turut membantu. Campurkan sedikit kedalam minuman teh hijau atau cina tadi. Minum setiap hari lepas makan tengah hari dan malam.

5) Buah Pinang
Ambil beberapa biji pinang dan potong nipis. Jemur hingga kering dan tumbuk halus. Rendam setengah sudu serbuk pinang tadi dengan air panas dan minum air tersebut dua kali sehari pagi dan malam sebelum tidur.

6) Buah Delima Muda
Kikis kulit buah delima dan kisar bersama secubit garam dan setengah gelas air. Tapis air tersebut dan sejukkan didalam peti sejuk. Minum air itu selepas makan tengahari seminggu sekali.

Sebenarnya, banyak lagi petua tradisional yang orang tua-tua kita amalkan. Malah ianya berkesan..tengok sahaja lah nenek dan mak kita, walau usia dah mencecah 100 tahun pun, masih kelihatan cantik, slim dan kurus menawan. Tapi apa pun..Cik Daisy ingatkan juga..pengambilan makanan seimbang juga penting dan senaman ringan perlu diamalkan. Jangan asyik kurangkan makan..tapi last2 masuk hospital terkurang zat..Selamat Mencuba..!!


Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment