.

Sunday, May 30, 2010

Boleh ker Pasangan Jarak Jauh Bertahan..??


Eemm..sebenarnya,Che Daisy ni mengantok..tapi mata tak boleh lelap.Almaklumlah..selalu ada 'bantal buchuk'..malam ni kena p outstation plak..tak pelah.Cari rezki untuk Che Daisy jugak..makan minum pakai lagi..banyak belanja. Nasib baiklah Che Daisy memang bekerja..bolehlah tambah2,tolong2 skit..ringankan beban yang ada.
Tadi Che Daisy terbaca satu artikel berkenaan tips untuk pasangan jarak jauh ni.Oleh kerana Che Daisy dah selalu berjauhan dengan my 'bantal buchuk'..tak salah rasanya kalau kita berkongsi tips ni.Rasa2 boleh pakai amal..cubalah.

Percaya & Jujur.Merupakan tunggak utama atau batu asas sebuah perhubungan.Tanpa ada rasa ini alamat dalam bahayalah perhubungan itu.Nobody want to be alone..yang penting buang semua negative thought to our partner.Ini akan menjadikan keadaan lebih rumit.Bak kata pepatah..Jauh dimata,Dekat dihati..:D

Kesetiaan.Ni bukan kesetiaan pada raja & negara..ini kesetiaan pada partner masing2.Kesetiaan ini jugalah akan sentiasa diuji.Jangan jadikan alasan pasangan kurang beri perhatian untuk kita cari yang lain.Mana tahu..memamng betol2 your partner is very d busy..haaa..menjawap ler kita bila dapat tahu kebenarannya.

Emosi.Bila dah jauh..jangan ler terlalu emosi.Sedih atau sensitif tak tentu pasal.Bukan sahaja partner kita risau..malah takut nanti dia pun naik rimas.Selalulah berprasangka baik dan positif ini akan mengeratkan lagi perhubungan anda bersama2 partner.

Elak Cemburu Buta.Haa..bukan sahaja cinta itu buta..cemburu pun buta dan tuli.Bila dah cemburu tak tentu pasal..semua alasan pun tak mau didengar.Tu yang Che Daisy maksudkan tuli.Kalau boleh..sebelum kawin ka atau declare couple, buat satu MOU..hehehe..buat satu garis panduan tahap mana cemburu boleh ada.

Tolak Isu Remeh Remeh.Udahler kita ni jauh..lagi nak gaduh2.Merajuk pasal isu remeh temeh ni buang masa dan tenaga.Contohnya kita naik angin bila partner tak jawab telefon atau message yang kita hantar.Kita boleh fikir positif may be dia sibuk uruskan something or may be dia dalam toilet..faham2 jelah kalau dalam tu buat apa..hehehe

Ucapan Cinta.Always said 'I Love you so much' atau 'I miss a lot' atau 'Sayang awak' atau 'Aku cinta pada mu' hehehe.Setiap kali lepas cakap kat telefon..must always say that words.Ini adalah salah satu cara untuk mnngeratkan lagi hubungan kita.

Aplikasi Teknologi Terkini.Sekarang ni dah banyak teknologi2 yang canggih yang boleh menghubungkan jarak jauh ini. Sebagai contoh..email,chatting melalui facebook,YM,3G calling.So tak de alasan untuk kita kata "macam mana contact..jauh ler".

Bagi Che Daisy..most important you know your partner macam mana.Tapi..kalau sebelah pihak sahaja yang berbuat demikian..tak adil dan takkan menjadi.Ini memerlukan kerjasama antara 2 belah pihak.Saling memahami dan mengasehi..insyaallah hubungan akan kekal bahagia hingaa akhir hayat.

4 comments:

  1. Nice info,saya pun sedang alami situsi ni

    ReplyDelete
  2. Most welcome..:D share sama2 apa yang manfaat utk kita..Che Daisy happy..semua pun kena happy..hehe

    ReplyDelete
  3. bgus tips ni tp kedua2 pihak msti bc tips ni, kalo sorg je aply n lg sorg x..adoyai masalh gak 2

    ReplyDelete
  4. yup..betol tuu.kalau sorang shj yg bersungguh..tk kemana..pi mai pi mai tang tu gak..no enjoyment or excitement dlm hubungan tu.

    ReplyDelete