.

Saturday, May 29, 2010

Lahir mu kedunia..Membawa cahaya..



Baru tadi Che Daisy melawat teman sekerja yang selamat melahirkan baby boy.Comeiinyee..geram.tidor jee..:D Berat lahir 3.4kg tak silap.huhu..berat gak.
Che Daisy teringat plak pada anak sedara kat Sabah.Jauh nun sana..baby girl.Huh..yang itu tu lagilah..montel.Che Daisy tengok dia..lagi geram.Sama bulan dengan anak teman Che Daisy ni cuma dia awal bulan.

Hajat Mak nak cucu perempuan akhirnya termakbul. Lahirnya mereka kedunia..amat bermakna bagi family Che Daisy.Ini menunjukkan satu lagi fasa kehidupan yang kami lalui.iaitu..adik Che Daisy dah jadi ayah..mak&ayah pula jadi nenek&atok dan Che Daisy&adik2 lain jadi pakcik&makcik.Tak sangkakan..cepat betol masa berlalu.Kata ustaz..makin cepat masa berlalu..makin dekatlah hari kiamat hampir.Takutnya Che Daisy..eeiiii..ya allah ampunkan dosa2 hamba mu ini.

Haa..berbalik cerita si comel ni..kalau dulu mak&ayah tak kisah p mana2 lama skit..tapi sekarang,tak sampai seminggu stay kat umah Che Daisy..muka masing2 dah buat muka sedih nak balik.Alasan umah tak de sapa jaga..padahal rindu kat cucu ler tu.Siap call adik Che Daisy.."Haa abang..mak nak balik ni..nanti bawa sikecik sekali tau..".Dah agak dah..huhu..mak2.

Anak ni anugerah Tuhan pada kita.Setiap anak yang lahir..dia memberi kita rezki yang berlainan.Kita diberi amanah untuk menjaganya dengan baik dan sempurna.Anak ibarat kain puteh..kalau kita corakkan dia hitam..hitam ler dia..kalau batek..batek ler dia.Haaii..pucuk pangkal ibu bapa kena ada kesedaran untuk didik anak2 mereka jadi insan yang positif dan berguna untuk agama,bangsa dan negara.

Buat anak sedara Che Daisy..Noratifah Saiza & Noraqeela Sakinah..Luv both of you..!! Dah besar nanti jadi anak yang solehah dan bijak yaa..insyaallah..amiin.

1 comment:

  1. --> "beware of the Dog"
    uks!! uks!! malam ni tak menyalak ka??

    ReplyDelete