.

Sunday, May 23, 2010

Thanks Mom...You d best Dad in d world..Selamat Hari Guru, Cikgu...!!!




Ibu..Ayah..Cikgu..3 insan yang penting dalam hidup kita. Cik Daisy rasa kalau mereka tak de..tak wujudlah kita sebagai manusia yang berguna.

Ibu..mengajar kita erti pengorbanan yang tak boleh dibayar ganti rugi.Setinggi mana kita berdiri..sebesar mana kita berjasa..takkan sama dengan Ibu yang melahirkan kita kedunia ini.Tercop didahi anak derhaka jika kita menyakiti hati Ibu dengan menjatuhkan setitik air matanya.heee..jauhkan lah Cik Daisy & adik2 daripada perkara2sebegitu.Mak Cik Daisy ni manja skit.Muka kami banyak persamaan.Kalau orang tengok macam kakak & adik.Bak kata orang tua2..kalau muka sama,panas..tak boleh duduk sama2 dalam masa yang panjang.Ada betulnya jugak..kami memang selalu bertekak.Tapi bila umur dah meningkat ni..Cik Daisy nampak, kami banyak persamaan & boleh berbincang seperti kawan.Member Cik Daisy kata.."kalau nak tengok muka hang bila tua esok..tengok muka mak hang..tulah muka tua hang".Maknanya Cik Daisy esok tua nampak muda laaa..awet muda.hehehehe..

Ayah..memberi kita semangat, kekuatan dan keberanian untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang.Sebagai seorang ketua keluarga, dia akan sedaya upaya berusaha memastikan agar segala keperluan keluarga mencukupi. Ingat lagi..ayah Cik Daisy hanya menaiki sebuah skuter lama berulang alik daripada rumah ke tempat kerja yang terletak dibandar sejauh 50km.Uuuh..kena lalu ladang kelapa sawit pulak tu..balik lewat malam..kadang2 sampai rumah pukul 2pagi. Kesian Cik Daisy tengok ayah. Tapi sekarang berkat usahanya..mencari rezki halal untuk membesarkan anak2..kami adik beradik jadi 'orang'.

Cikgu..my favourite teacher was Cikgu Shamsinar and Maimunah.Dua2 mengajar subjek Bahasa Inggeris.Cikgu Shamsinar memang garang..tapi apa yang dia ajar semua masuk kepala. Cikgu Maimunah..guru kelas.Ntah macam mana Cik Daisy boleh ngam dengan dia.She caring..garang skit.huhuhu..biasalah,masa Cik Daisy kena rotan dengan cikgu lain..dia pulak yang menangis sakan.Sedih katanya tengok Cik Daisy kena rotan.Biasalah..budak nakal,kena hukum..rotan plak tu..perempuan plak tu..lagi dia sedih.Sorry cikgu..tak sengaja.

Banyaklah kenangan lama yang Cik Daisy simpan.
Yang baik jadikan teladan..yang tak elok tu..buang dalam tong sampah terus.
Tak mahu ingat.Focus to be a good & better person, dengan itu dapatlah Cik Daisy membalas semua jasa2 Mak, Ayah & Cikgu yang membesar dan mendidik walaupun Cik Daisy tahu tak terbalas dan ternilai apa yang mereka lakukan.

Masih tak terlewat untuk Cik Daisy ucapkan :
Thank's Mom..Dad,You d Best...Selamat Hari Guru,Cikgu..!! Luv u all..

1 comment: