.

Wednesday, June 23, 2010

Si Dia Pemarah...


Apa agaknya kita nak buat kalau dapat pasangan panas baran atau pemarah ni.Che Daisy terbaca lah satu artikel ni..kat majalah Dara.com this month edition.Boleh gak kita berkongsi bersama2 yek..:D

Kenali sifat pasangan - Cuba kenali atau fahami sifat pasangan kita baik2.Dalami macam mana karektor dia.Apa yang dia suka..tak suka.Huh..payah kan nak faham orang ni but if each other saling memahami,insyaallah tak de masalah dalam perhubungan itu dalam jangka masa panjang.

Elak buat perkara yang tidak digemari pasangan - Cuba elak daripada buat perkara2 yang tak digemari oleh pasangan kita.Tetapi,kalau kena buat jugak..try not to inform him/her.Adakalanya tak semua perkara kita boleh kongsi bersama2 pasangan terutama pada perkara2 yang boleh mendatangkan marah.Lebih baik tak tahu daripada tahu..buruk padahnya.Itu untuk perkara yang baik sahaja.Kalau korang buat benda tak elok..sendiri tanggung yeek..:D

Jangan campur tangan urusan pasangan - Kira mind your own biz.Bagi si dia ruang..privacy.Dia pun ada hal yang perlu diselesaikan secara sendirian.Tak semua pasangan suka dibantu..may be sifat E(ego) terlalu tinggi.Tapi lebih jangan cubalah..ada jugak kena 'maki' free.

Elak sentiasa memberi nasihat - Niat kita baik untuk kebaikan bersama..tetapi bagi si dia may be anggap kita ni suka sangat membebel.Terlalu banyak bercakap pun boleh mendatangkan marah..silap cakap kena laagi.So..apa lagi,baik diam aje.Kalau apa2 berlaku..kita boleh cakap "Jangan kata saya tak bagi nasihat pulak yeek.." kena sebijik kat dia.Itu je caranya..but tapi kalau teruk sangat keadaan..kena bersuara jugak.Cegah sebelom parah..huhu

Open minded - Cara si pemarah beri teguran memang keras dan kasar.So,kita pulak kena terima teguran si dia sebagai kritikan yang membina.Be open minded dengan apa yang yang ditegur.Jangan kita pulak cepat melenting...haa,jadi jalak lenting ler plok.Memang akan rasa sakit hati,sakit telinga..tapi kalau kita take it easy and positive..tak de ler kita 'makan hati'.Terimalah dengan hati yang terbuka.

Terus terang - Tak semestinya semua sifat si pemarah negative belaka..ada positivenya.Salah satu sikap suka berterus terang.Tak denya nak selindung2..si dia akan cakap apa yang dia tak suka secara direct.Bahsa berkias2 ni..tak de dalam kamus diri mereka.Kita pula kena tahan telinga..apa yang akan terkeluar dari mulut si dia mungkin akan membuat kita tersentak..terkedu..speachless.Silap hari bulan..balik rumah masuk bilik kunci pintu...meraung ler sepuas2nye..huhu.

Tak semua bertuah dapat pasangan yang boleh bertolak ansur,memahami dan saling menyokong apa yang dibuat.Memang payah nak jumpa.Tapi kita kena ingat..setiap satu daripada kita memang telah ditetapkan jodoh atau pasangan hidup.Kena sentiasa bersyukor dengan apa yang kita ada.Ikhlas menerima segala kelemahan dan kekuatan pasangan masing2.Sayangi diri sendiri..menyayangi insan yang sepatutnya..:D

No comments:

Post a Comment