.

Tuesday, June 1, 2010

Menabung untuk Simpanan Hari Tua


Banyak pulak idea kat kepala Che Daisy.Terbaca artikel cara menabung atau mengawal kewangan kita dengan berkesan.Lebih2 lagi di zaman ekonomi yang tak menentu ni.Hehehe..ada ler terkena batang hidung sendiri.

Mak Che Daisy selalu pesan.."Kak..simpan duit skit2..skit2 lama2 jadi bukit..nanti masa sesak adaler sumber yang boleh di'korek'.." eemm..ada benarnya kata Mak tu.Sebagai contoh..menabung ni bukan sahaja untuk hari sesak..tapi untuk keperluan kita untuk membeli apa yang dihajatkan..tak pun untuk kegunaan masa hadapan such as bayor roadtax/insurance kereta setiap tahun.Let say..macam kereta Che Daisy per year tak kurang RM800 Che Daisy kena bayar..so dengan menyimpan RM 100 atau 50 sebulan..darab dengan tempoh masa setahun lagi nak expired..tak ker cukup tu.Tak delah susah pening kpala mana nak cari duit.

Che Daisy ambil Mak & Ayah sebagai contoh terbaik.Mak operator kilang & Ayah pula posmen kanan. Mereka bertungkus lumus cari rezki,untuk besarkan kamu 5 beradik dengan harapan kami dapat pendidikan yang secukupya.Walau kecik mana gaji mereka,tabungan tetap ada.Sampaikan kena sound dengan Mak Ngah.."Belilah kereta..anak2 dah besor..duit simpan banyak2 nak buat apa..?" Sekali Mak buka simpanan ASB dia..peehh..ada ler dalam RM20k gamaknya.Terkejut Che Daisy..mengalir air mata Mak masa nak keluarkan duit tu..semata-mata nk beli kereta pertama kami.Kata Mak..tu semua duit simpanan untuk kami belajar.Dengan duit simpanan tu jugak lah..Mak & Ayah biayai pelajaran kami tanpa meminjam dengan mana2 sedara pun..walau mereka susah dulu..tapi sekarang mereka puas hati.Sebab tu Mak selalu bising bila dia dapat tahu Che Daisy tak mula menyimpan.Risau benor dia.

Banyak cara kita boleh menabung walau kita berpendapatan kecil.Cara yang berkesan adalah dengan berjimat cermat..Che Daisy pernah ler apply this method dan sampai sekarang masih amalkannya..

Beli apa yang perlu.Che Daisy tahu kalo ikut nafsu kita ni..banyak barang yang kita nak.Cuba beli barang2 yang betol2 kita perlu.Aim barang yang kita kehendaki..start buat simpanan..cukup duit that time tak de siapa yang marah & kita akan rasa puas hati.

Buat Budget bulanan/harian.Memang..kalau ikutkan,macam kes catuan.Tapi for our own good.Catatkan perbelanjaan kita.Kalau ada 'short'..ingat balik apa yang kita beli.

Makan dirumah.Cuba Masak dirumah..makan dirumah.Nak p dating..siap makan dulu.Tak ler lapor sangat.Tapi bergantung lah pada individu..kekadang kita penat sangat..hujung minggu baru ada masa nak masak.Terpulang..nak bawa bekal macam p picnic pun tak pe..apa ada kisah...orang pandang..bior jelah.Yang lapor kita..yang susah kita..bukan mereka boleh tolong pun.huhuhu

Rancang perbelanjaan.Kita boleh buat planning.Not only family planning saja..expenses planning pun kena ada. Macam nak kawin lah..setiap bulan kita rancang nak beli barang hantaran apa.Masa Che Daisy plak dulu..planning beli barang2 masa ada sales..harga barang2 memang murah.So cariler mana2 adv,tak pun member calling2 bagi info kat mana ada sales baik punya.Potongan sampai 70% huhuhu..gilak aa.

Pendapatan sampingan.Che Daisy dulu ada buat assigment untuk para pelajar..until now pun ada gak.Saja cari duit lebih skit.Kalau satu assignment RM200 Che Daisy charge..kalau sebulan 2 assignment dapat..dapat ler simpan skit..top-up masa tengah sesak2.

Always think postive.Jangan terlalu pikir yang bukan2.Tu tak cukup lah..ini kena beli..kalau tak rumah tak cantik laa..hutang kad kredit melambak2 lah..pinjaman tak settle2 lagi..bank called..macam2 lagilah.Just close your eyes..fokus..imagine that probelem kita dapat settle satu persatu..dengan duit tabung yang kita ada,we try our best to settle it out."Aku boleh buat..aku boleh simpan RM50 setiap hari"..alah pejamkan mata je..ambil form deposit duit..nah..dump d money into our account bank.

Actually,apa pun yang kita buat dalam meningkatkan taraf hidup kita..kalau boleh cuba sedaya yang mungkin..buang amalan membazir.Hadith nabi juga ada menyebut "Membazir itu amalan Syaitan". Eeeii..nauzubillah..tak mau Che Daisy jadi member syaitan..jauhkaaan ler. Selagi boleh kita menabung untuk simpanan tua..buat lah.Jangan jarapkan duit KWSP je..anggap ler duit tu hasil penat lelah kita selama mana kita bekerja..tu lah hasilnya.Tapi hari2 guna pun..tak de backup..habis jugak.
Bak kata pepatah "Gunung hari2 ditarah,lambat laun jadi rata juga".

No comments:

Post a Comment