.

Wednesday, June 2, 2010

Apa Nak Jadi..Sampai Sekarang Membujang Lagi...Eeh salah ker..??



Haa..cuba dengar lagu ni.Kalau dah..ok,sebelum Che Daisy teruskan coleteh ini..nak minta maaf dulu pada member2 Che Daisy,mana2 yang terbaca artikel ni terasa kaa..kecik hati kaa..Che Daisy minta maaf ye.Tak de niat nak kenakan korang kaa..sindir korang kaa.Kena minta maaf dulu..sebab most of my friends,ramai yang tak kawin lagi even umur dah masuk no.3..hehehe.Tapi walau macam mana pun..korang tetap vouge..:D Meletop gituu..

Eeemm..isu kawin lambat.Dah biasa dengar..and Che Daisy pun sendiri kawin lewat 20an.Berdesing jugak telinga,tiap kali balik kampung..jiran2 tanya.."Ni bila nak kawin ni.." Nasib baik mak & ayah tak banyak tanya.Pada mereka..bila sampai masanya..kawin ler anak dara dia..no hal lah.Tapi payah jugak mula2 nak convincekan diaorang..yelah during that time Che Daisy asyik dok heret boypren (now my hubby) sana sini balik kampung.

Tapi apa masalahnya kawin lewat ni?Salah ka?Che Daisy senaraikan lah antara alasan2 atau sebab2 yang 'pofular' kawin lewat ni:-
1) Tak sampai seru
2) Tak jumpa jodoh yang sesuai
3) Fokus dengan kerjaya/Study
4) Financial problem.Ekonomi tak kukuh,hantaran terlalu tinggi
5) Takut pada komitmen berumahtangga.Big responsibility
6) Parent Blessing
7) Banyak pilihan.Ramai benor GF & BF
8) Tak yakin.Perasaan rendah diri yang melampau
9) Takut pada kegagalan
10)Risau time nikah..nak lafaz akad nikah,tersangkut2 depan tok kadi.Fuuh..berpeloh2 wa cakap lu..hehehe


Ahaa..fakta ni baru saje Che Daisy jumpa..

Ambivalent
Pilihan individu itu sendiri untuk hidup membujang dan menganggap pembujangan mereka ini adalah sementara. Mereka tidak mencari pasangan untuk tujuan berkahwin. Walau bagaimanapun mereka bersikap terbuka terhadap cadangan berkahwin. Mereka ini biasanya terdiri daripada golongan lelaki dan perempuan awal dewasa yang secara aktifnya terlibat dengan pendidikan, karier atau seronok dengan kehidupan masing-masing.

Wishful
Merupakan individu yang secara terpaksa hidup membujang dan menganggap pembujangan adalah sementara. Mereka secara aktif mencari pasangan untuk berkahwin tetapi masih gagal. Mereka yang tergolong dalam bujang jenis ini sedar bahawa mereka ingin berkahwin.

Resolved
Merujuk kepada golongan individu yang menganggap diri mereka bujang untuk selamanya. Terdapat peratusan yang sangat kecil yang memilih untuk menjadi bujang jenis ini. Mereka lazimnya merupakan para rahib, pendita atau sami.

Regreteful
Bujang jenis ini merupakan golongan individu yang ingin berkahwin tetapi menganggap bahawa takdir telah menentukan mereka kekal membujang dan tidak berkahwin. Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita yang berpendidikan tinggi dan berumur lebih daripada 40 tahun dan mempunyai gaji yang besar.

Dalam artikel yang sama jugak,daripada statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2000, peratus golongan yang belum berkahwin lingkungan umur 20-34 tahun adalah:-
Tahun Golongan muda Golongan wanita
1981-1990 43.2 60.2
1991-2000 48.1 86.5
Pada tahun 1956, wanita yang berkahwin pada usia 15-16 tahun lebih kurang 97% dan pada 1988, ianya menurun kepada 6% sahaja.


Macam nilah..terpulang pada individu itu sendiri.Kuasa membuat keputusan ditangan masing2..bukan ditangan Che Daisy kaa..tangan Che Kiah kaa..tangan Pak Seman kaa.Apa yang penting hati happy..tak kacau dan susahkan hidup orang lain..tahu apa yang dibuat and mind your own business. Always think positive and set in your mind,fokus..'AKAN SAMPAI JODOH AKU JUGAK,DITEMUKAN DENGAN YANG BAIK,TERBAIK & YANG HEBAT,TERHEBAT HANYA UNTUK AKU SAHAJA,INSYAALLAH'. Banyakkan bersabar,berusaha,berdoa dan tawakal padaNya.

Hadis Rasulullah s.a.w. : “Nikah adalah sunnahku, maka barang siapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunnahku itu.” (riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a.)

2 comments:

  1. kalo dh smpai seru tak de yang akan menolaknya.....huhuhuhuhuhuhu - bdk kembar

    ReplyDelete