.

Thursday, June 3, 2010

Tabiat Pemakanan..Bad Habit Must Avoid it..!!!


Alaa..rasa lapor ler plak.Uit..nak makan apa yek best..eeemm. Tak kisah lah..may be sat lagi masak maggii..huhuhu. Not gud..unhealthy food.Hah..but i luv it.Tak pun..buat air milo cicah roti..sodap jugak tu..:D

Actually,Che Daisy nak kongsi sikit tabiat makan yang memang kita kena elakkan.Kalau boleh jangan di try pun.Ini untuk kesihatan badan kita jugak.Bermula dari pemakanan yang sihat,insyaallah badan kita pun boleh tahan lama.

Meninggalkan Sarapan. Sarapan pagi amat penting untuk membekalkan tenaga menghadapi hari yang panjang,memberi tumpuan pada kerja,berdepan dengan tekanan serta melakukan pelbagai aktiviti fizikal lain.Tanpa bekalan tenaga yang diperolehi daripada sarapan pagi yang baik,kita pasti akan mudah letih dan tidak bermaya. Che Daisy pun kekadang terskip jugak..but try to isikan dengan minuman yang berkhasiat seperti nestum atau quaker oat.

Makan terlalu banyak. Cuba elakkan makan dengan kuantiti yang banyak..bersederhana.Ditakuti kalau terlebih makan, bermacam masalah pulak yang timbul seperti kegemukan atau obesiti,perut buncit dan tubuh dibaluti banyak lemak. Ini akan menjejaskan penampilan 'vogue' kita..dan juga terdedah dengan pelbagai penyakit.

Mengambil terlalu banyak lemak,garam dan gula. Awasi makanan yang diambil. Elakkan makanan yang bergoreng dan mengandungi kandungan lemak,garam serta gula yang tinggi boleh menyebabkan kita terdedah kepada penyakit jantung,darah tinggi dan kencing manis.Emm...boleh ker..tapi kalau sekali sekala ok kot..:D

Makan snek ketika melakukan kerja. Tabiat ini menyebabkan kita makan berlebihan dan akhirnya menambahkan berat badan.Tanpa kita sedari,banyak makanan atau snek yang telah 'selamat' dikunyah.Hahahaha..Che Daisy rasa,macam selalu buat jee sampaikan my ofismate pun tegur.Maluuu..

Makan sebelum tidor. Tubuh kita rehat apabila kita tidor,tetapi apabila kita makan sebelum tidor,perut akan terus bekerja dan proses 'mengosongkan' perut menjadi lebih perlahan.Terlalu kenyang pun susah nak tidor..apatah lagi kalau rasa lapor.Kalau tak boleh tahan sangat,try macam Che Daisy buat..minum air milo cicah biskut kering..tapi jangan buat manis sangat..kencing manis ler plok nanti..huhu

Kurang makan sayur dan buah-buahan. Jangan makan hanya untuk kenyang saja..tapi pilihlah makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang memang mengandungi pelbagai nutrien.Nasib baik ler Che Daisy suka makan sayur..buah2 lagilah..especially buah epal.Alamak..dalam peti ais buah dah habis,kena beli nii..

Tidak minum air kosong mencukupi. Air penting untuk kekal sihat.Jika kekurnangan minum air dalam sehari,ia boleh mengurangkan kadar metabolisme.Air is the most important element dalam semua fungsi metabolik,termasuk untuk bakar kalori.So..drinks lot of water..tak kisah ler berapa kali dalam satu hari kita keluar masuk toilet,janji badan kita sihat dan cergas.

"Badan Sihat,Otak Cergas,Minda Cerdas"

2 comments:

  1. selalunya benda-benda sihat nilah orang selalu abaikan ;)

    ReplyDelete
  2. yup..u rite..:D that y nak kongsi dgn u all..che daisy kekadang pun tak amik kisah pasal ni semua..janji perut kenyang senang hati..hehehe..this artikel also a reminder for me..:D

    ReplyDelete